Friday, 3 May 2013

Ibrah Perang Hunain disaat PRU 13

Ramai manusia pada hari percaya dan bergantung pada asbab dan faktor zahiriah dalam kehidupan mereka.Kedua-dua perkara ini amat penting dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perkara tanpa mengabaikan pertolongan dan tawakal kepada Allah.Konsep bergantung harap pada Allah ini banyak ditunjuki oleh nabi s.a.w dalam kehidupan baginda lebih-lebih lagi dalam soal peperangan.Persoalannya,adakah kita selaku ummat Islam meneliti setiap ibrah yang berlaku dalam kehidupan nabi s.a.w bersama sahabat.?Adakah sejarah kegemilangan itu hanya menjadi bahan ingatan tanpa penghayatan yang menyeluruh.?

Sunday, 10 March 2013

3P:Tip Pengurusan mesyuarat

Gambar Hiasan

Dalam melaksanakan satu tugas yang besar dalam kehidupan manusia perlu antara satu sama untuk menghasil keputusan secara kolektif.Oleh itu,mesyuarat merupakan wasilah terbaik dalam menghasilkan keputusan secara kolektif.Persoalannya,bagaimana cara yang terbaik dalam mengurus mesyuarat.?

Friday, 1 February 2013

Berkata baik atau diam.

Gambar Hiasan
“Muka kau ni macam tak mandi sebulan”
“Kau ni aku tengok macam ibu ayam kehilangan anak”
“Apa punya tulisan macam cakar ayam”

Dialog di atas sering kita dengar dikalangan sahabat kita.Kata-kata yang berunsur perlian,ejekan dan umpatan yang tidak senang dihinggapi di telinga tetapi kepuasan bagi orang yang menutur.

Sunday, 27 January 2013

Bulatan itu - Neeq

Gambar Hiasan
Bulatan itu

Bulatan itu bermula perkenalan kita,
Dalam keriagan yang tidak berbelah bagi,
Ombak duka dan lara menongkah bersama,
Menuju cita-cita sejauh melangit tinggi,

Bulatan itu hasil beribu azimat mutiara,
Pelita hidup di alam muda yang bebas,
Moga jadi acuan berguna di masa lusa,
Yang bisa memacak panji agama di angkasa pentas.

Bulatan itu bakal dirasai perpisahannya,
Melabuh senja dengan pemergian sang pewira,
Kian merentasi masa yang begitu lama
Dengan sinar fajar kembali di bercahaya.

Bulatan itu tidak akan dilupai saat manisnya,
Ujian dan pengorbanan mengasak api dalam diri,
Serangan futur yang menodai nafsu buas manusia,
Bekalan mutiara sang murabbi setia terus di jalan ini.

*Syair ini dinukilkan khas buat sahabat seusrah.Semoga terhibur dengan karya yang saya hasilkan.





Isu forum “Seiringkah Mahasiswa &Politik”

Gambar Hiasan

Rentetan daripada video forum “Seiringkah Mahasiswa dan Politik” yang diadakan pada tanggal 8 Januari 2013 di  Dewan Muadzzam Shah,Universiti Utara Malaysia,Sintok Kedah.Saya selaku mahasiswa celik amat tidak bersetuju dengan tindakan Sharifah Zohra Jabeen Shah Miskin yang menghalang dan tidak memberi ruang yang sepenuhnya kepada Bawani KS melontar kritikan dan pandangan beliau tentang isu PTPTN,Himpunan Bersih dan sebagainya.