Sunday 7 June 2020

8 SILAP FAHAM USAHAWAN TENTANG COPYWRITING

Kesilapan ramai usahawan 
+Beli ebook, video course & subscribe tutorial pelbagai. 
+Join seminar sana - sini, belajar dengan mentor tu mentor ni. 
+Last-Last tiada tindakan, hasil pun tiada. Pastikan anda jangan tergolong dalam golongan tersebut. 
+Buat tindakan. Belajar. Ulang, ulang & ulang lagi sampai dalam hasil. 
SILAP FAHAM DALAM COPYWRITING. 

1-“Saya dah buat iklan kenapa takde orang beli?”
*Tulis iklan itu bukan syarat orang membeli. *Berapa ramai orang tgok iklan tapi tak beli 
2-Anda tidak tulis mesej yang betul dalam ayat iklan. 
*Anda tulis ayat iklan tidak match dengan pembaca anda. 
*Mesej yang disampaikan tidak kena dengan pembaca. 
3-Tulis ayat iklan dengan syok sendiri. 
*Manusia baca apa yang dia minat. Apa yang menarik dengan minat dia itu lah bacaan dia. 
*Ayat menjual ayat yang mampu tarik perhatian & pegang perhatian prospek untuk membeli. 
4-Tak cukup volume. Ini permainan number. *Berapa orang beli dengan kita dengan iklan kita? 
*Makin ramai orang minat dengan iklan kita makin tinggi orang nak membeli dengan kita. 
*Ini perkiraan yang disebut sebagai “conversion rate”. 
*Conversion rate dikira berapa ramai pembeli kita dapat hasil dari prospek yang nampak iklan kita. Kiraan nya adalah seperti di bawah 👇

(Orang beli / orang tengok iklan kita)

*Kalau 1000 prospek tengok iklan kita. Yang membeli iaitu 350 bermakna conversion rate kita adalah 35%
.
5-Sekadar buat iklan di profil sendiri. 
Ingat buat posting di fb dah cukup buat iklan. Kalau friend & follower kita 
.
6-Sekadar buat iklan di group - group. Sesuai ke.? 
*Target markets yg tepat & kena dengan prospects kita. Sesuai lah 👍
*Pastikan kita validate siapa dalam group tu? Orang minat macam mana dalam group tu? 
*Kalau match dengan. Jalan. 
.
7-Jual produk syok sendiri. 
*Manusia membeli untuk selesai masalah.
*Manusia akan cari produk / servis untuk mereka selesaikan masalah mereka hadapi. 
*Kita jual produk sebab sistem ejen yg kita join. 
*Bukan sebab ada orang nak produk tu 
.
8-Mencari ayat gempak meletup gempak. 
*Ayat gempak boleh jadi orang tak beli dengan kita. 
*Ayat gempak memang tak wujud dalam copywriting. 
*Prospek membeli bukan sebab ayat iklan gempak. Tapi, sebab mesej yang disampaikan kena dengan minat prospek. 
.
So apa sebenarnya copywriting? Apa tujuan copywriting ditulis? 
Ok disini saya kongsi beberapa point untuk anda praktik copywriting yang boleh beri kesan kepada audiens anda. 
+Tarik perhatian prospek untuk baca iklan anda. 
+Pegang perhatian prospek untuk terus baca iklan anda. 
+Seru prospek untuk buat tindakan dengan buat pembelian. 

APA NI? NAK BAWAK FAMILI MAKAN HEPI-HEPI, TAPI JADI SAKIT HATI PULAK...

Kadang kita ni terfikir nak bawak famili makan sedap. Iyelah, sesekali kan. Mungkin sebab nak celebrate something. Mungkin sebab nak bagi famili hepi lepas kita sibuk dengan kerja.

Tapi dah buntu pulak kat mana nak bawak makan sedap-sedap yang puas hati semua.

Taknak la bawak makan tempat tak selesa, makan tak best, tunggu pulak lama. Waiter pulak muka masam mencuka macam kita datang minta sedekah.

Masa tu memang rasa menyirap sangat la kan? Nak bagi semua orang hepi, tapi sebab salah pilih tempat makan jadi HANGIN satu badan!

Jangan risau...

Bawak keluarga atau kawan ke Ikan Bakar Pak Man. Kami jamin layan semua pengunjung macam layan tetamu yang diraikan dengan meriah.

● Staf kami semua ramah & akan bantu anda untuk dapatkan pengalaman keluar makan yang syok untuk anda, keluarga & kawan-kawan.

● Kerusi, meja & ruang makan yang selesa. Nyaman, tak panas berlengas.

● Kemudahan cukup untuk anak-anak dengan kerusi anak kecil yang kami lap bersih-bersih supaya anda tak risau anak pegang kerusi lepas tu tangan masuk mulut pulak. Kami bagi kertas conteng & crayon untuk anak-anak bertenang dengan aktiviti.

● Menu makanan laut yang fresh. Pilih sendiri ikan, sotong, udang, ketam yang pelbagai jenis. Kemudian, kami masak ikut permintaan anda. Kalau tak pasti, kami tolong cadangkan apa yang sesuai ikut selera anda.

● Kemudahan tandas & tempat basuh tangan yang selesa & bersih. Surau juga disediakan.

Kita tengok apa kata pelanggan...

"Saya memang puas hati dengan servis ni. Setiap kali ada kawan atau sedara mara datang, kat sini lah saya bawak. Bangga saya bila mereka puji tempat ni. Yang penting semua orang happy."
~ Encik Khalid

"Menu dia memang sedap. Saya ni cerewet sikit dengan makanan laut ni. Dah banyak tempat saya cuba, kat sini jugak yang saya rasa sedap & kena dengan selera. Lagipun suasana tempat ni bagus, staf pun semua baik-baik layanan."
~ Encik Osman

Anda boleh order a la carte atau pun boleh pilih pakej-pakej yang kami tawarkan mengikut selera & jumlah 'rombongan' anda.

Kami galakkan anda untuk hubungi kami dulu. Nanti kita boleh bincang macam mana nak kasi pengalaman yang wow untuk anda, keluarga & kawan-kawan. Kita reserve siap-siap tempat & menu anda supaya datang nanti tak payah tunggu lama.

Untuk pertanyaan & tempahan, boleh hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di nombor berikut:
0123456789