Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.
Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Thursday, 4 September 2014
Monday, 1 September 2014
Berdiri anak bangsa merdeka - Neeq
![]() |
| Gambar Hiasa |
Berdiri sudah anak bangsa merdeka.
Kecapan kebebasan untung nenek dahulu.
Bermandi darah demi sebuah negara bangsa.
Berpaksi perlembagaan terus berpencak maju.
Berdiri sudah anak bangsa merdeka.
Menitip sebuah terowong tamadun bangsa.
Membina jati diri demi maruah bangsa.
Moga terus mekar di persada dunia.
Berdiri sudah anak bangsa merdeka.
Menyingsing kejayaan fajar cerah.
Menatang generasi pelapis baru.
Demi membela agama,nusa dan bangsa.
Berdiri sudah anak bangsa merdeka.
Tiada kejayaan hanya pekikan konsert.
Masa depan mu belum sinar dengan masa sia-sia.
Atas slogan apa kau laungkan untuk janji ini.
Anak bangsa merdeka anak bangsa berdikari.
Jiwa luhur akhlak budi mengunung cita-cita melangit.
Tidak
gentar menongkah badai cabaran mendatang.
Wednesday, 27 August 2014
Di sudut itu - Neeq
| Bersama Ustaz Ilyas |
Di sudut itu,
Lestari pemikiran dibina,
Menelaah helaian buku,
Menghadapi ujian bakal tiba.
Di sudut itu,
Kalimat-kalimat azimat didahagai,
Menjadi pemangkin buat diri,
Moga istiqmah ulangkaji.
Di sudut itu,
Duka dan lara aku adui,
Mengenang kegagalan lampau,
Menginginkan kejayaan mendatang.
Di sudut itu,
Maklumat khazanah ilmu,
Diteliti penuh penghayatan,
Di garapan nukilan cendikianwan,
Moga dapat dipegang dan digarap.
Tanpa ulangkaji tak kemana ilmu,
Tanpa perhatian tak kemana ulangkaji.
NMHEIDZIR
Irbid, Jordan.
5.04PM,27/8/2014
Tuesday, 13 May 2014
Jalan ini - Neeq
![]() |
| Gambar Hiasan |
Jalan ini...
Nukilan :Neeq
Jalan ini tidak sewangian
bunga,
Jalan ini tidak seindah pelangi,
Jalan ini tidak seindah mentari,
Jalan ini tidak sekilauan lautan air.
Jalan ini memerlukan jiwa sabar,
Kental menongkah cabaran usia,
Jalan ini mengemis sejambak usaha,
Tidak kenal erti sikap putus asa.
Jalan ini berliku panjangnya,
Menumpang kegigihan setia pengikut,
Jalan ini penuh onak durinya,
Mengangkat
sinar agama Ilahi.
Jalan ini bukan kemulian hamparan dunia
Tetap mutiara pendirian kamu di sini
Jalan ini bukan fata morgana kilaun emas
Dikau jalani ini bukan laluan salah,
Lain tidak jalan ini menuju redha-Nya,
Mengejar benar janji manis-Nya,
Menempah perkampungan akhirat kelak pasti,
Bertemu Sang Pencipta Yang Tinggi.
Nik Mohamed Heidzir
Irbid, Jordan.
Sunday, 27 January 2013
Bulatan itu - Neeq
![]() |
| Gambar Hiasan |
Bulatan itu
Bulatan itu bermula
perkenalan kita,
Dalam keriagan yang tidak
berbelah bagi,
Ombak duka dan lara
menongkah bersama,
Menuju cita-cita sejauh melangit
tinggi,
Bulatan itu hasil beribu
azimat mutiara,
Pelita hidup di alam muda
yang bebas,
Moga jadi acuan berguna di
masa lusa,
Yang bisa memacak panji
agama di angkasa pentas.
Bulatan itu bakal dirasai
perpisahannya,
Melabuh senja dengan
pemergian sang pewira,
Kian merentasi masa yang
begitu lama
Dengan sinar fajar kembali
di bercahaya.
Bulatan itu tidak akan
dilupai saat manisnya,
Ujian dan pengorbanan
mengasak api dalam diri,
Serangan futur yang menodai
nafsu buas manusia,
Bekalan mutiara sang
murabbi setia terus di jalan ini.
*Syair ini dinukilkan khas buat sahabat seusrah.Semoga terhibur dengan karya yang saya hasilkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


