Sunday 7 June 2020

APA NI? NAK BAWAK FAMILI MAKAN HEPI-HEPI, TAPI JADI SAKIT HATI PULAK...

Kadang kita ni terfikir nak bawak famili makan sedap. Iyelah, sesekali kan. Mungkin sebab nak celebrate something. Mungkin sebab nak bagi famili hepi lepas kita sibuk dengan kerja.

Tapi dah buntu pulak kat mana nak bawak makan sedap-sedap yang puas hati semua.

Taknak la bawak makan tempat tak selesa, makan tak best, tunggu pulak lama. Waiter pulak muka masam mencuka macam kita datang minta sedekah.

Masa tu memang rasa menyirap sangat la kan? Nak bagi semua orang hepi, tapi sebab salah pilih tempat makan jadi HANGIN satu badan!

Jangan risau...

Bawak keluarga atau kawan ke Ikan Bakar Pak Man. Kami jamin layan semua pengunjung macam layan tetamu yang diraikan dengan meriah.

● Staf kami semua ramah & akan bantu anda untuk dapatkan pengalaman keluar makan yang syok untuk anda, keluarga & kawan-kawan.

● Kerusi, meja & ruang makan yang selesa. Nyaman, tak panas berlengas.

● Kemudahan cukup untuk anak-anak dengan kerusi anak kecil yang kami lap bersih-bersih supaya anda tak risau anak pegang kerusi lepas tu tangan masuk mulut pulak. Kami bagi kertas conteng & crayon untuk anak-anak bertenang dengan aktiviti.

● Menu makanan laut yang fresh. Pilih sendiri ikan, sotong, udang, ketam yang pelbagai jenis. Kemudian, kami masak ikut permintaan anda. Kalau tak pasti, kami tolong cadangkan apa yang sesuai ikut selera anda.

● Kemudahan tandas & tempat basuh tangan yang selesa & bersih. Surau juga disediakan.

Kita tengok apa kata pelanggan...

"Saya memang puas hati dengan servis ni. Setiap kali ada kawan atau sedara mara datang, kat sini lah saya bawak. Bangga saya bila mereka puji tempat ni. Yang penting semua orang happy."
~ Encik Khalid

"Menu dia memang sedap. Saya ni cerewet sikit dengan makanan laut ni. Dah banyak tempat saya cuba, kat sini jugak yang saya rasa sedap & kena dengan selera. Lagipun suasana tempat ni bagus, staf pun semua baik-baik layanan."
~ Encik Osman

Anda boleh order a la carte atau pun boleh pilih pakej-pakej yang kami tawarkan mengikut selera & jumlah 'rombongan' anda.

Kami galakkan anda untuk hubungi kami dulu. Nanti kita boleh bincang macam mana nak kasi pengalaman yang wow untuk anda, keluarga & kawan-kawan. Kita reserve siap-siap tempat & menu anda supaya datang nanti tak payah tunggu lama.

Untuk pertanyaan & tempahan, boleh hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di nombor berikut:
0123456789


No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.