Gambar Hiasan |
“Kau ni aku tengok macam ibu ayam kehilangan
anak”
“Apa punya tulisan macam cakar ayam”
Dialog di atas sering
kita dengar dikalangan sahabat kita.Kata-kata yang berunsur perlian,ejekan
dan umpatan yang tidak senang dihinggapi di telinga tetapi kepuasan bagi orang
yang menutur.
Dari Sahl bin Sa'ad r.a.
katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang dapat memberikan
jaminan kepadaku tentang kebaikannya apa yang ada di antara kedua
tulang
rahangnya(yakni mulut) serta antara
kedua kakinya (yakni kemaluannya) maka saya memberikan jaminan syurga untuknya."
(Muttafaq 'alaih)
Manusia memang tidak
selesa jika tidak bercakap keburukan.Keburukan yang boleh menjatuhkan maruah
seseorang sama ada dia sedar atau tidak adalah satu perbuatan dosa dalam
Islam.Malah dosa tersebut tidak boleh diampun kecuali dengan izin orang yang
diumpati.Ini termasuk dalam kategori dosa sesama manusia yang mana dosa
tersebut perlu diampun oleh individu yang berdosa terhadapnya.
Berkata baik atau diam.
Bila berbincang soal dosa-dosa dari mulut ini,saya suka memetik sebuah hadis yang sering kita baca dan dengar dalam kitab Matan Arbain Nawawi iaitu:
Berkata baik atau diam.
Bila berbincang soal dosa-dosa dari mulut ini,saya suka memetik sebuah hadis yang sering kita baca dan dengar dalam kitab Matan Arbain Nawawi iaitu:
Dari Abu Hurairah r.a.
dari Nabi s.a.w. sabdanya:"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau kalau tidak dapat berkata yang baik,
hendaklah ia berdiam diri saja."
(Muttafaq 'alaih)
Hadis di atas jelas
menunjukkan kepada kita bahawa hubungan menjaga lidah(mulut) dan kesan ke atas
keimanan kepada Allah dan hari Akhirat.Justeru itu,sejauh mana kita mengucapkan zikir dan
kalimah baik dalam seharian?Banyak mana individu kita mengumpat,mengejek dan
perli dalam seharuan.?Apapun marilah sama-sama kita insafi diri kita
sejauh mana pancaindera yang Allah taala anugerahkan ini digunakan untuk
perkara yang baik.
Kesimpulanya,setiap
anugerah diberi oleh Allah seharusnya kita mensyukuri dengan sebaiknya dan
sedaya mungkin digunakan pada jalan yang betul.Kerana nikmat ini yang membawa
kita kepada syurga-Nya.
Nik Mohamed Heidzir
Universiti Yarmouk,Irbid.
Nik Mohamed Heidzir
Universiti Yarmouk,Irbid.
No comments:
Post a Comment
Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.