Dalam melaksanakan satu tugas yang besar dalam
kehidupan manusia perlu antara satu sama untuk menghasil
keputusan secara kolektif.Oleh itu,mesyuarat merupakan wasilah terbaik dalam
menghasilkan keputusan secara kolektif.Persoalannya,bagaimana cara yang terbaik
dalam mengurus mesyuarat.?
Pertama-Pengumuman
Pengumuman merupakan salah satu perkhabaran awal tentang tarikh,masa,tempat dan
isu yang nak dibincangkan.Pengumuman sebaik-baik diiklankan seawal mungkin
sebelum mesyuarat dilaksanakan.Yang menjadi masalah bagi setengahnya pengendali
mesyuarat adalah kelewatan mengeluarkan notis kepada ahli mesyuarat yang
menyebabkan ahli mesyuarat tidak faham dan tidak membuat persediaan sebelum
mesyuarat.Hasil,perbincangan dalam mesyuarat tidak menghasilkan keputusan
bernas dari ahli.
Kedua-Perbincangan
Setelah
langkah mengumumkan untuk hadir mesyuarat dilakukan.Pengerusi selaku orang
mengendali mesyuarat dan setiausaha selaku pencatit perlu dilantik sebelum
mesyuarat bermula.Biasanya pengerusi dan setiausaha mesyuarat adalah ketua dan
setiausaha bagi persatuan dan kelab tersebut.
Bagi
memastikan perbincangan dilakukan dengan tersusun.Pengerusi mesyuarat perlu
menyusun tentatif dengan baik untuk memastikan perkara yang lebih penting
dibincangkan dengan kadar segera.Contoh,pembukaan mesyuarat dengan al-Fatihah dan slot pembentangan laporan setiap lajnah beserta masalah yang berbangkit untuk dibincangkan.Kesan dari susunan tentatif mungkin tempoh
mesyuarat dapat disingkat dari tempoh asal.
Ketiga-Penggulungan&Pelaksanaan
Proses
ini adalah proses update and follow.Yang mana ia perlu dilakukan oleh
pengerusi.Dengan proses ini ahli mesyuarat dapat memahami tugas masing yang perlu dilakukan selepas dari mesyuarat.
Dengan
seliaan dari pengerusi ahli dapat merujuk kepada ketua
mereka jika ada kemusykilan yang dihadapi.
Kesimpulannya,mesyuarat
merupakan salah satu aktiviti berkumpulan yang setiap individu yang berautoriti
perlu ambil part untuk menghasilkan keputusan secara kolektif.Dengan keputusan
yang dihasilkan itu,sedikit sebanyak memudahkan perjalanan untuk mencapai matlamat yang ditujui.
Nik
Heidzir
Universiti
Yarmouk,Irbid.
No comments:
Post a Comment
Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.