Ramai manusia pada hari percaya dan
bergantung pada asbab dan faktor zahiriah dalam kehidupan mereka.Kedua-dua
perkara ini amat penting dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perkara tanpa
mengabaikan pertolongan dan tawakal kepada Allah.Konsep bergantung harap pada
Allah ini banyak ditunjuki oleh nabi s.a.w dalam kehidupan baginda lebih-lebih
lagi dalam soal peperangan.Persoalannya,adakah kita selaku ummat Islam meneliti
setiap ibrah yang berlaku dalam kehidupan nabi s.a.w bersama sahabat.?Adakah
sejarah kegemilangan itu hanya menjadi bahan ingatan tanpa penghayatan yang
menyeluruh.?
Kalau perang Badar Kubra
ummat Islam dapat memenangi dengan jumlah yang sedikit,kenapa tidak perang
Hunain yang angkatan ummat Islam lebih besar dari perang Badar.?
Faktor tercetus
Perang Hunain
Menurut ulamak sirah ghazwah
Hunain berlaku pada 10 Syawal tahun ke-8 hijrah selepas daripada Pembukaan Kota
Mekah.Hasil daripada kejayaan pembukaan ini, qabilah Huwazin dan Thaqif merasa
ketidak puashatian dan berdendan lantas menghalakan serangan ke atas
rasullullah bersama para sahabat di Mekah.
Peperangan
ini berbeza daripada peperangan sebelumnya.Angkatan Musyrik di bawah pimpinan
Malik Bin Auf mengarahkan mereka membawa segala harta, wanita-wanita, anak-anak
dan binatang ternak bersama-sama ke medan perang. agar ia lebih mendorong mereka
untuk terus berjuang dan tidak lari dari medan perang.Inilah salah satu taktik
dan strategi yang tidak pernah dilakukan oleh musyrik sebelum ini.Kerana dengan
partisipasi anak-pinak dan isteri maka matlamat peperangan ini bukan hanya
mempertahkan agama dan kesyirikan bahkan maruah diri dan keluarga.
Ketegangan
kaum Muslimin disaat peperangan
Ketegangan
di pihak kaum muslimin dapat dilihat bilamana mereka dikepong terlebih dahulu
sebelum memulakan serangan.Menurut Ibnu Abbas: “Saya menahan Rasullullah
supaya tidak terburu-buru dengan memegang kekang baghalnya.Abu Sufyan yang
memegang pelananya.Maka rasullullah diwaktu itu: Panggil orang-orang Samrah
(orang-orang yang berbai’ah Ridhwan di masa perjanjian Hudaibiyah) maka saya
pun melaungkan dengan sekuat suara: “Wahai orang-orang Samrah,”demi Allah
mereka bergegas berpatah balik bila mendengar suara saya,seolah-olah lembu
mendengar suara anaknya;mereka datang sambil menjawab:Labbaik,labbaik dan terus
menghadapi pihak musuh. Kemudian saya melaung lagi: Wahai orang-orang Ansar.”Baginda
juga menuju ke arah pertempuran itu sambil berkata: “Sekarang tiba masanya
pertempuran hebat,’ kemudian dipungut Rasullullah beberapa ketul anak batu lalu
dilontarkannya ke muka orang-orang kafir.Katanya: “Tewaslah kamu demi Tuhan
Muhammad”[1]
Begitu
ketegangan yang amat dahsyat sekali yang dihadapi oleh Rasullullah bersama para
sahabat dalam peperangan.Walaupun bilangan mereka dijangka 12,000 angkatan
tentera belum pasti menjamin kemenangan yang besar dalam perang ini.
Inilah
menunjukkan kepada kita khususnya ummat yang datang selepas daripada kewafatan
baginda s.a.w bahawa kemenangan Islam tidak cukup hanya kekuatan fizikal seperti
kecanggihan teknologi,angkatan tentera yang banyak dan sebagainya.Tetapi,usaha
untuk mencapai kemenangan itu haruskan disusuli dengan munajat dan memohon
pertolongan kepada Allah.Seperti mana firmana Allah taala dalam
Sesungguhnya
Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang
dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab
bilangan kamu yang ramai maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah
kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi
sempit kepada kamu;kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan Sakinah kepada Rasulnya dan
kepada Mu’minin,dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak dapat
melihatnya,dan Allah menimpakan bencana azab kepada orang kafir,dan demikianlah
balasan kepada orang kafir,sesudah itu Allah menerima taubat dari orang-orang
yang dikehendakinya.Dan Allah Amat Pengampun lagi Amat Penyayang.[2]
Kesimpulannya,segala
usaha untuk mencapai satu matlamat yang tinggi dalam mana-mana pekerjaan
lebih-lebih lagi kerja-kerja agama mesti disusuli dengan sifat taqwa dan
sabar.Dengan adanya kedua-dua sifat ini sudah pasti petugas(amilin) gerakan
Islam tidak terburu-buru dalam mengejar kemenangan Islam.
Nik Mohamed
Heidzir
Universiti
Yarmouk,Irbid.
No comments:
Post a Comment
Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.