Gambar Hiasan |
Al-Quraan merupakan wahyu paling
utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad s.a.w. Ia merupakan
sumber kepada agama Islam yang meliputi Aqidah, Feqah dan Akhlak. Khazanah ilmu
ini perlu dipelajari oleh setiap daie dalam membina karakter daie yang berkualiti.
Selaku daie bagaimana kita berinteraksi dengan al-Quraan dalam menyampaikan mesej
Islam kepada audiens dakwah (mad’u)?
Di sini
saya cuba mendatangkan beberapa kemahiran yang boleh daie gunakan dalam
menyampaikan mesej Islam kepada mad’u. Moga
kemahiran ini dapat membuahkan hasil kepada mad’u kita nanti.
Mengumpul ayat
dan susun mengikut lafaz
Sesuatu
topik dalam al-Quraan yang mahu dibincangkan mesti melihat dalilnya secara
macro. Mendalami dalil al-Quraan secara picisan merupakan factor utama yang
menyebabkan sisi pandang sesuatu isu dilihat sempit dan terbatas. Oleh
itu,metod mengumpul dalil mengikut lafaz perlu diulangkaji sebelum anda
mengulas sesuatu isu untuk dikaitan dengan dalil al-Quraan supaya sesuatu isu
dibahas dilihat general dan luas.Contohnya lafaz ilmu dalam al-Quraan membawa
banyak maksud tersirat disebalik nas-nas al-Quraan yang banyak.- · Ahli Ilmu dan Para Malaikat (rujuk :Surah ali Imran ayat 18)
- · Ilmu mengankat cendikiawan dari orang lain (rujuk :Surah Az-Zumar ayat 9&Mujadalah ayat 11)
- · Ilmu asas takwa kepada Allah (rujuk :Surah al-Fatir ayat 28)
- · Kewajipan orang jahil menuntut dengan org alim (rujuk :Surah Maryam ayat 43)
- Perintah merujuk ahli ilmu (rujuk :Surah al-Naml ayat 43)
Di atas adalah sebahagian ayat yang berkaitan dengan ilmu yang sempat saya nukilkan dari khazanah lafaz ilmu dalam al-Quraan.Melalui himpunan ini daie boleh menyampaikan topic ilmu dari mana-mana bab yang disentuh.
Mengambil berat
tentang penceritaan (qasas) dalam al-Quraan
Di
dalam Al-Quran banyak mengandungi cerita dan sejarah. Yang mana di dalamnya menceritakan
sejarah nabi terdahulu bersama kaumnya, kisah pemuda yang beriman(Pemuda Kahfi),
kisah wasiat seoarang bapa kepada anak epada seorang anak (Luqmannul Hakim),kisah
tuan kebun yang berhadapan dengan golongan miskin dan sebagainya. Kisah dan
sejarah ini tidak lain menyampaikan mesej kepada pembaca untuk dihayati dan
diambil ibrahnya.
"Dan telah kami ceritakan
kepada mereka ibrah(sejarah)semoga menjadi pengajaran kepada mereka
berfikir"
(Surah
Yusuf : 111)
- · Kisah nabi Adam yang Allah mengtaklifkan manusia ke menjadi
Allah
berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada
mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada
mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu,
bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui
apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".
(Surah al-Baqarah : 33)
- · Kisah DzulQarnain yang membina banteng dari besi
(Surah al-Kahfi : 83-84)
- · Kisah Nabi Sulaiman bersama Balqis Permaisuri Saba’
Berkata pula
seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan
membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat
singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah
kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak
mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka
faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa
yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana
sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".
(Surah
al-Naml : 40)
Betul dalam
berhujah dengan al-Quraan
Metodologi penghujahan dengan
Al-Quraan merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh daie.Disini mereka
dapat mengetahui dan menerokai penghujahan disebalik nas-nas al-Quraan.Tanpa
asas ilmu usul fiqh, mereka gagal mengistibatkan hukum dari teks-teks
al-Quraan.
Selain
itu, bagaimana pengajian usul fiqh itu juga dapat membina hokum dan pendapat
ulamak mazhab yang bervariasi untuk memudahkan amalan agama dalam masyarakat.
Patutkah mereka
menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad):
"Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi
peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat
yang dahulu daripadaku". (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang
keterangan) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui mana yang benar dan mana
yang salah, dengan sebab itulah maka mereka berpaling ingkar.
(Surah
Anbiya ayat 24)
Meneroka
ilmu-ilmu berkaitan al-Quraan
Al-Quraan tidak dapat difahami tanpa
penguasaan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengannya.Dengan penguasaan ilmu-ilmu
yang berkaitan dengan Al-Quraan daie dapat memahami dengan lebih mendalam
kandungan al-Quraan dengan baik.
Sebagai contohnya, dengan penguasaan
ilmu ulum al-Quraan dan Tafsir kita bukan sahaja dapat menghayati
ayat-ayat Al-Quraan dari segi surah Makiyah,Madaniah, sebab turun ayat dan
sebagainya.Malah,dari situ daie dapat membezakan uslub dakwah surah makiyah dan
madaniah,hokum nasakh dan mansukh dalam al-Quraan. Tanpa penguasaan ilmu
ini pemahaman daie dilihat sempit dan tidak meluas pemahaman terhadap al-Quraan.
Kesimpulan
Al-Quraan sebagai sumber utama dakwah
perlu difahami dan dihayati oleh daie bukan sekadar perlu dibaca.Malah perlu sampai
dan ditafsir mengikut aras pemikiran mad’u.
Ingatlah
bahawa mesej dakwah dapat diterap oleh mad’u sejauh mana daie mengunakan bahasa
dan pertuturan yang baik dalam menyampaikan mesej al-Quraan.Tiada guna kalau
tafsirnya baik tapi cara menyampaikan tafsir tidak sebaik tafsirnya.
Nik Mohamed Heidzir
nmheidzir@gmail.com
6.39pm , 10/9/2014
No comments:
Post a Comment
Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.