Kulit Novel |
Muqadimmah
Sesebuah novel menghidangkan nilai-nilai moral yang tersendiri dalam
menarik perhatian pembaca.Nilai-nilai agama sering menjadi factor utama dalam
menyampaikan mesej baik kepada pembaca yang pelbagai latar belakang pendidikan.
Agama
Agama
Dalam novel Tenggelanya Kapal Van Der Wjick karya Prof HAMKA beliau
mengambarkan masyarakat Minangkabau yang kuat pegangan agama dan mengamalkan
nilai-nilai islam dalam segenap aspek kehidupan.Watak Hayati seorang gadis
kampong Minangkabau yang konsisten menghadiri kelas-kelas agama yang diadakan
oleh guru agama menjadi perhatian utama pembaca dalam novel ini.
Konflik mula timbul bila watak Zainuddin yang berhijrah ke Minangkabau
dengan niat ingin mencari susur-galur dan keturunan menemui kegagalan.
Apapun,Zainuddin membuat pilihan dan berazam untuk bermastautin di
Minangkabau untuk belajar hal-ehwal agama bersama orang Minangkabau.
Adat Istiadat
“Biar mati anak jangan mati adat”itulah pepatah Melayu yang menunjukkan
betapa pentingnya menjaga adat dan tradisi yang diamalkan oleh orang sebelum
mereka.Adat dan tradisi amat payah untuk dipisahkan dalam masyarakat
setempat.Dengannya kita mampu mengenali etnik dan suku kaum bangsa.
Adat
istiadat Minangkabau yang dihidangkan dalam novel ini sememang mempunyai nilai dan
harga yang tinggi dalam memperkenalkan masyarakat Indonesia pada waktu
itu.Kedatangan Zainuddin dari Mengkasar menimbulkan tanggapan yang pelik dari
masyarakat setempat yang berpegang dengan adat mereka.Hayati yang anak jati
Minangkabau mesti diperisterikan dengan suami yang berasal Minangkabau mengikut
adat dan tradisi mereka.Disini penulis cuba menperleraikan cerita dari tema
utama yang keseluruhan novel.
Cinta
Kisah percintaan Zainuddin yang digaris dalam novel ini terhalang dengan
penolakan keluarga Hayati terhadap pinangan Zainuddin.Yang mana menurut adat
Minangkabau suami yang mahu diperisterikan penduduk Minangkabau semestinya dari
orang Minangkabau.
Penolakan pinangan diremuk rendam tidak menangisi.Malah,Zainuddin
merasai dirinya hina lantaran ditolak dek kerana bukan dari keturunan
Minangkabau.Walhal,susur galur ayahnya sendiri berasal dari Minangkabau yang
tulen.
Hayati disambut dengan lamaran seorang bangsawan kaya iaitu Aziz.Yang
mana perkahwinan Aziz bersama Hayati membuka 1001 permasalahan dan ujian buat
Hayati yang mula mengenali Aziz seorang kaki botol dan suka berjudi.Ini polemik
yang Hamka cuba datangkan kepada pembaca bahawa dengan kekayaan manusia tidak
dapat mengapai kebahagian di dunia.Yang hakikatnya kekayaan hanya lah wasilah
untuk capai kebahagian dalam hidup seseorang.
Refleksi atau ulasan ringkas saya
Kemuliaan seseorang manusia bukan berasaskan keturunan,keluarga,dan
kaum.Malah Islam meletakkan ketakwaan sebagai asas kemuliaan dan kebaikan
manusia.Tiada lah kebaikan manusia jika mereka meninggalkan agama wahyu yang
diturunkan oleh Allah iaitu Islam.
Pegangan terhadap adat istiadat masyarakat tertentu bukanlah ukuran yang
baik dalam menentukan jodoh seseorang.Ia hanya lah ikutan turun temurun dari
masyarakat lampau.Namun begitu adat istiadat yang baik boleh dijadikan hujah
dan diambil sumber hukum berdasarkan prinsip
العادة محكمة
Uruf boleh diambil dijadikan sumber hukum
كل ما شهدت به العادة قضي به
Setiap apa yang disaksikan pada kebiasaanya adat (dijadikan)hokum dengannya
Sekian
Nik Mohamed Heidzir
27/1/2015
No comments:
Post a Comment
Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.