![]() |
Gambar Hiasan |
Dengan kuasa
yang ada pada kerajaan segala polisi dan tindakan yang dikenakan terhadap
rakyat bawah mesti dilihat matlamat yang perlu dicapai.
Persoalannya
bagaimanakah polisi tersebut dapat menjamin kemakmuran Negara.?
Dalam mendepani
krisis ekonomi yang tidak diduga,polisi fiscal wasilah yang dilaksanakan oleh
kerajaan dalam mengawal perbelanjaan kerajaan dan menentukan kadar percukaian yang dikenakan
kepada rakyat.Selain itu banyak lagi tindakan kerajaan yang memerlukan ijtihad semasa dalam memastikan ekonomi negara di peringkat yang baik dan stabil.
Apakah polisi
fiscal?
Polisi
fiscal merupakan satu tindakan kerajaan mengubah kadar cukai dan perancangan
perbelanjaan Negara untuk memastikan kestabilan ekonomi dalam keadaan yang lebih
baik.Polisi fiskal harus digunakan sebaik mungkin kerajaan bagi memastikan tiada mana pihak
yang akan tertindas hasil penyalahgunaan polisi ini.
Biasa nya
polisi ini dijalankan bilamana sebuah negara mengalami kemelut inflasi yang teruk.Dengan
itu,kerajaan akan memotong kadar cukai barang untuk mengurangkan harga barang
yang dibeli untuk memastikan kuasa beli rakyat di peringkat maksimun dan sekali
gus memberi impak baik pada Gross Domestic Porduct(GDP)
Polisi Fiskal
dalam Islam
Justeru
itu,apakah perspektif Islam dalam hal ini? Boleh sebuah kerajaan mengenakan
polisi untuk kemashatan masyarakat bersama?
Islam memberi
ruang kepada pemimpim kerajaan mengawal urusan dunia dengan sebaiknya
berlandaskan ijtihada-ijtihad terbaik yang diputuskan secara syura. Disana ada
perbahasan berkaitan
kerelevanan
pungutan cukai kepada rakyat ?
Boleh kah
kerajaan menetapkan harga terhadap barangan dan perkhidmatan ?
Dan bagaimana
kerajaan mengagihkan dana zakat kepada asnaf ?
Ini lah
persoalan melibatkan polisi fiscal dalam Islam yang mana ia menuntut ijtihad
baru yang sentiasa berubah mengikut masa dan tempat. Dengan polisi fiscal pemimpin
dalam sebuah negara perlu mengeluarkan ijtihad dengan mengambil berat soal
tinggi kemaslahatan (kebaikan) kepada rakyat dan kurangnya mudharat (keburukan)
yang dihadapi.
Kesimpulanya,kuasa
politik kerajaan dalam sebuah negara perlu digunakan sebaik mungkin bagi
memastikan keharmonian rakyat dirasai bersama khususnya dalam ekonomi. Penyalahgunaan kuasa bukan
sahaja akan memberi kesan buruk kepada rakyat malah ia menjadi point dan sebab
untuk rakyat tukar tampuk pemerintahan. Kuasa politik kekal jika pemimpin
dikasihi oleh rakyat,rakyat bisa menukar tampuk pemerintahan jika mereka
dizalimi.
Nik Mohamed Heidzir
Universiti
Yarmouk,Irbid.
apakah anda ingin memiliki bisnis sendiri? atau memiliki rumah pilihan Anda? pedro jerome menawarkan pinjaman 2 tingkat dengan pembayaran pinjaman yang fleksibel sesuai dengan pinjaman individu dan hak internasional, pinjaman saya diberikan dengan sekejap mata ketika saya mengajukan $800,000.00 untuk memperluas bisnis pakaian saya jadi saya akan menyarankan siapa pun di sini mencari bantuan keuangan untuk menghubungi pedroloanss@gmail.com atau whatsapp nomornya di +18632310632. semoga beruntung.
ReplyDelete