Gambar Hiasa |
Menghadiri ke sesuatu merupakan salah satu rutin dalam kehidupan mahasiswa.Adakala program yang bersifat selektif tak dapat dihadiri oleh sebahagian mahasiswa disebabkan berlaku pertembungan dengan aktiviti yang lebih penting dari pada itu.Dalam masa kita diajar untuk menghadiri program yang disediakan oleh persatuan adakah aktivis mahasiswa (baca:jawatankuasa penganjur program)memikirkan kemaslahatan untuk kita hadiri sesuatu program?Adakah cukup iklan program kemudian tunggu hadirin yang datang ke dewan dah dikira “program aku dah berjaya sebab ramai yang datang”.
Program Emosi
Kondusif, suasana dan isu semasa kebiasaanya
mempengaruhi entity penganjur menjalankan program.Melalui dengan ini
jawatankuasa program dikerah untuk memikir idea yang boleh dikaitkan dengan
suasana yang berlaku tanpa memikirkan matlamat yang mahu dicapai dari program.
Maka disini lahirnya timbunan
program persatuan yang pelbagai ragam tapi objektif yang sama dengan entity
lajnah lain.Dangkal sekali kalau ada golongan yang berpegang dengan doktrin
bahawa sesuatu isu kita terpaksa mengubah segala perancangan program yang
lampau demi meraikan dan melariskan perdebatan ilmu,diskusi,dialog terhadap isu
berlaku.Walhal perbincangan tersebut jauh sekali dari matlamat isu.Maka
perbincangan seperti ini lahir dalam aktivis Islam kampus untuk mencanang
pemikiran ahli dengan isu semasa.
“Sekarang ni berlaku gempa bumi
lah.Apa kata kita buat forum bertajuk Bala :dari siapakah ini.? Kata seorang
aktivis siswi kampus.
“Akhir sem 2 ni ramai yang akan
melangsungkan perkahwinan.Saya rasa baik kita jalankan kursus pra-perkahwinan
dikalangan mahasiswa disini.” Cadang seorang siswa dalam mesyuarat lajnah.
Menjalankan aktiviti atau program
mengikut “citarasa” isu semasa tak salah.Tetapi perlu diambil perhatian oleh
aktivis Islam bahawa kadangkala program yang dibawa itu tidak membawa natijah
yang besar dalam diri mahasiswa kerna tiada satu objektif yang khusus nak dicapai bersifat nafsu.
Program
Objektif statik kah ia?
Program
yang dijalan tanpa terikat dengan isu semasa ia bersifat objektif dan mempunyai
hadaf tertentu untuk dicapai.Dengan ini jawatankuasa program biasanya
merancang program lebih awal dari biasanya untuk diletakkan dalam taqwin tahunan persatuan.
Pada hemat saya,program objektif yang berkala kebiasaanya mendapat tempat
dalam kalangan mahasiswa untuk hadir.
Dengan itu,lajnah
dakwah kampus boleh menyusun aktiviti atau program mengikut urusan tema dan mesej dakwah
yang ingin disampaikan secara berturutan. Contohnya,bulan Jan mesej dakwah “Pembinaan akhlak
individu”,bulan Feb “Pembinaan akhlak masayarakat” dan bulan Mac “Pembinaan
akhlak masyarakat dalam sebuah negara”.
Begitulah susunan tema dan mesej
dakwah yang disusun agar setiap program bersiri dan berturutan.Dengan
mendatangkan kelainan mesej dakwah ini masyarakat kampus khususnya golongan
yang berminat dengan program dakwah tidak jemu dengan sajian dakwah yang
disampaikan.
Objektif dan Isu
Program emosi tidaklah 100% perlu
dibuang dalam kamus dakwah.Tapi perlu disertakan objektif program yang jelas
lagi teratur agar program tersebut menatijahkan kesan yang besar dalam jiwa mad’u.Jadi
guna ia bila memerlukan.
Kesimpulan
Faktor isu dan ideal memainkan peranan penting dalam keberjayaan sesebuah
program.Disini faktor tersebut perlu dimainkan oleh semua aktivis Islam untuk
menyusun aktiviti dan program mengikut wasilah dakwah yang fleksibel dengan
keadaan semasa tanpa meminggirkan citarasa mad’u.Nik Mohamed Heidzir
nmheidzir@gmail.com
Irbid , Jordan
No comments:
Post a Comment
Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.