Wednesday 10 September 2014

#Softskill Daie: Berinteraksi dengan Al-Quraan

Gambar Hiasan


Al-Quraan merupakan wahyu paling utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad s.a.w. Ia merupakan sumber kepada agama Islam yang meliputi Aqidah, Feqah dan Akhlak. Khazanah ilmu ini perlu dipelajari oleh setiap daie dalam membina karakter daie yang berkualiti. Selaku daie bagaimana kita berinteraksi dengan al-Quraan dalam menyampaikan mesej Islam kepada audiens dakwah (mad’u)?


Di sini saya cuba mendatangkan beberapa kemahiran yang boleh daie gunakan dalam menyampaikan mesej Islam kepada mad’u.  Moga kemahiran ini dapat membuahkan hasil kepada mad’u kita nanti.



Mengumpul ayat dan susun mengikut lafaz
Sesuatu topik dalam al-Quraan yang mahu dibincangkan mesti melihat dalilnya secara macro. Mendalami dalil al-Quraan secara picisan merupakan factor utama yang menyebabkan sisi pandang sesuatu isu dilihat sempit dan terbatas. Oleh itu,metod mengumpul dalil mengikut lafaz perlu diulangkaji sebelum anda mengulas sesuatu isu untuk dikaitan dengan dalil al-Quraan supaya sesuatu isu dibahas dilihat general dan luas.Contohnya lafaz ilmu dalam al-Quraan membawa banyak maksud tersirat disebalik nas-nas al-Quraan yang banyak.



  • ·         Ahli Ilmu dan Para Malaikat (rujuk :Surah ali Imran ayat 18)

  • ·         Ilmu mengankat cendikiawan dari orang lain (rujuk :Surah Az-Zumar ayat 9&Mujadalah ayat 11)

  • ·         Ilmu asas takwa kepada Allah (rujuk :Surah al-Fatir ayat 28)

  • ·         Kewajipan orang jahil menuntut dengan org alim (rujuk :Surah Maryam ayat 43)
  • Perintah merujuk ahli ilmu (rujuk :Surah al-Naml ayat 43)
Di atas adalah sebahagian ayat yang berkaitan dengan ilmu yang sempat saya nukilkan dari khazanah lafaz ilmu dalam al-Quraan.Melalui himpunan ini daie boleh menyampaikan topic ilmu dari mana-mana bab yang disentuh.


Di atas adalah sebahagian ayat yang berkaitan dengan ilmu yang sempat saya nukilkan dari khazanah lafaz ilmu dalam al-Quraan.Melalui himpunan ini daie boleh menyampaikan topic ilmu dari mana-mana bab yang disentuh. 



Mengambil berat tentang penceritaan (qasas) dalam al-Quraan
Di dalam Al-Quran banyak mengandungi cerita dan sejarah. Yang mana di dalamnya menceritakan sejarah nabi terdahulu bersama kaumnya, kisah pemuda yang beriman(Pemuda Kahfi), kisah wasiat seoarang bapa kepada anak epada seorang anak (Luqmannul Hakim),kisah tuan kebun yang berhadapan dengan golongan miskin dan sebagainya. Kisah dan sejarah ini tidak lain menyampaikan mesej kepada pembaca untuk dihayati dan diambil ibrahnya.



"Dan telah kami ceritakan kepada mereka ibrah(sejarah)semoga menjadi pengajaran kepada mereka berfikir"
(Surah Yusuf : 111)

  • ·         Kisah nabi Adam yang Allah mengtaklifkan manusia ke menjadi

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".
(Surah al-Baqarah : 33)

  • ·         Kisah DzulQarnain yang membina banteng dari besi
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya".Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.  

(Surah al-Kahfi : 83-84) 
  • ·         Kisah Nabi Sulaiman bersama Balqis Permaisuri Saba’

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".
                                                                                                                                  (Surah al-Naml : 40)

Betul dalam berhujah dengan al-Quraan
Metodologi penghujahan dengan Al-Quraan merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh daie.Disini mereka dapat mengetahui dan menerokai penghujahan disebalik nas-nas al-Quraan.Tanpa asas ilmu usul fiqh, mereka gagal mengistibatkan hukum dari teks-teks al-Quraan.
Selain itu, bagaimana pengajian usul fiqh itu juga dapat membina hokum dan pendapat ulamak mazhab yang bervariasi untuk memudahkan amalan agama dalam masyarakat.

Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku". (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, dengan sebab itulah maka mereka berpaling ingkar.
(Surah Anbiya ayat 24)


Meneroka ilmu-ilmu berkaitan al-Quraan
Al-Quraan tidak dapat difahami tanpa penguasaan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengannya.Dengan penguasaan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quraan daie dapat memahami dengan lebih mendalam kandungan al-Quraan dengan baik.

Sebagai contohnya, dengan penguasaan ilmu ulum al-Quraan dan Tafsir kita bukan sahaja dapat menghayati ayat-ayat Al-Quraan dari segi surah Makiyah,Madaniah, sebab turun ayat dan sebagainya.Malah,dari situ daie dapat membezakan uslub dakwah surah makiyah dan madaniah,hokum nasakh dan mansukh dalam al-Quraan. Tanpa penguasaan ilmu ini pemahaman daie dilihat sempit dan tidak meluas pemahaman terhadap al-Quraan.

Kesimpulan
Al-Quraan sebagai sumber utama dakwah perlu difahami dan dihayati oleh daie bukan sekadar perlu dibaca.Malah perlu sampai dan ditafsir mengikut aras pemikiran mad’u.
Ingatlah bahawa mesej dakwah dapat diterap oleh mad’u sejauh mana daie mengunakan bahasa dan pertuturan yang baik dalam menyampaikan mesej al-Quraan.Tiada guna kalau tafsirnya baik tapi cara menyampaikan tafsir tidak sebaik tafsirnya. 

Nik Mohamed Heidzir
nmheidzir@gmail.com
6.39pm , 10/9/2014




 

No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.