Metodologi dakwah melalui usrah
tidak asing lagi bagi aktivis gerakan Islam di seluruh dunia.Wasilah ini amat
masyhur di mana-mana sahaja bermula dari sekolah,university dan masyarakat
umum.Sejauh mana usrah ini diperbaharui mengikut kesesuai masa dan tempat dalam memberi mesej dakwah kepada golongan
sasar.?
Memobilasi usrah
Wasilah usrah sering dikaitkan
dengan golongan ustaz tanpa menafikan ia satu wasilah bebas yang terbuka kepada
umum.Pada hemat saya sudah sampai masanya wasilah ini diterima sebagai medan
untuk pembentukan ahli masyarakat yang bebas berpartisipasi,mengemuka hujah
secara langsung dan berbincang menyelesaikan permasalahan masyarakat di
sekeliling.Dengan timbul kesedaran seperti ini,sikap suka membantu dan saling
hormat-menghormati dalam kalangan ahli dapat di semai dalam sesebuah negara.
Muhamad ialah
Rasul Allah ;dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas
terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang
serta belas kasihan sesame sendiri.
(Surah
al-Fath ayat 29)
Dalam kalangan muslim,berapa ramai
boleh menerima mesej dakwah dengan baik.?
Dalam kalangan yang menerima mesej
dakwah yang baik,berape ramai yang boleh menerima dengan cara usrah.?
Dalam kalangan yang menerima dakwah
dengan cara usrah,berapa ramai yang boleh input dari naqib usrah yang
mengepalainya.?
Berapa ramai masayarakat hari ini keliru antara masalah ibadat dengan muamalat,permasalahan pokok dengan cabang yang memerlukan pencerahan yang jelas dari orang yang berautoriti.Dengan memobilisasi usrah dalam ruang social penulis yakin masyarakat bukan sahaja memperoleh proses pembinaan jati diri tetapi dapat mengerakkan ahli masyarakat dengan cara berkongsi dan menyedarkan mereka dengan jelas.
Medium Pencerahan
Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan.
(Surah
Hujurat ayat 6)
Sudah sampai masa media arus perdana
dibebas dari kekangan kerajaan dalam menyebarkan berita dan fakta yang benar.
Sampai bila ruang pencerahan perlu
dikongkong oleh kerajaan ?
Bila menyentuh soal kebebasan
media,ia termasuk juga kekangan entity agama yang melarang certain tajuk untuk
tidak dibincangkan dalam teks-teks khutbah.Tajuk yang menyentuh soal
jihad,pemimpin zalim,mencegah korupsi dan sebagainya kurang dititik berat dalam
teks-teks khutbah masjid menyebabkan rakyat tidak sedar akan
kezaliman,ketidakadilan dan kejahatan rejim pemerintah.
Pada
hemat saya,ruang kebebasan maklumat ini perlu diperluaskan agar ia menjadi
fungsi pemangkin kesedaran dan intelektual masyarakat.
Rela suka vs Suka rela
Kesedaran mendalam terhadap
permasalahan masyarakat memerlukan masyarakat terlibat secara langsung dalam
aktiviti sukarelawan.Kesedaran ini tidak akan timbul tanpa ada penghayatan
agama syumul dari penganutnya. Oleh itu,kesedaran boleh digerakkan melalui
wasilah usrah dalam menyelesaikan kemelut masalah rakyat dalam negara.Tidak
ramai masyarakat yang join usrah pada hari ini alert dengan masalah sekitar
malah mereka lebih suka berdakwah dalam kelompak mereka yang tidak kurang
penting dengan masalah yang ada disekitarnya.Sikap seperti ini bertepatan
dengan hadis nabi s.a.w :
Kesimpulan
Usrah yang berkesan adalah usrah
yang mampu melahirkan masyarakat civil yang bebas dalam menentu hala tuju
sesebuah negara. Bukan itu sahaja,mereka mampu mengubah landskap
politik,ekonomi dan social selari dengan kesedaran yang timbul dalam jiwa
mereka.
Nik Mohamed Heidzir
nmheidzir@gmail.com
Irbid
Jordan
No comments:
Post a Comment
Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.