Persediaan indvidu muslim utk mengalas tugas dakwah amat penting dititik berat kan dalam bidang dakwah hari ini.Ramai du’at hari ini memandang pembinaan karakter dakwah perkara ringan sehingga ia tidak menjadi focus dan isu penting dalam mana kumpulan Islam pada hari ini.Apa tuntutan yang diperlukan mereka hari ini dalam membentuk kader-kader dakwah yang berkualiti.
Manhaj yang betul
Manhaj yang
lengkap lagi syumul merangkumi segala jenis aspek antara factor kejayaan
pembinaan kader-kader dakwah.Kader-kader dakwah tidak mampu dilahirkan dengan kamil
dan tawazun dengan meninggalkan salah satu aspek tarbiah seperti
kerohaniaan,tsaqafah dan akhlak. Kita tidak mahu melihat kader-kader dakwah
yang dilahirkan sepantas “mee segera”tanpa ada kualiti baik yang diperlukan
oleh masyarakat.
"Katakanlah(wahai Muhammad) inilah jalanku(manhaj dan
cara),aku dan orang-orang yang mengikuti ku mengajak (berdakwah dan menyeru)
kepada Allah dengan yakin(hujah yang nyata),Maha suci bagi Allah dan aku tidak termasuk
orang-orang musyrik"
(Surah Yusuf ayat 108)
Menurut
Syekh Ali As-Sobuni, menyeru di sini ialah menyeru kepada pengabdian diri kepada
Allah dan ketaatan kepada-Nya,dengan cara mendatangkan keterangan dan hujah yang jelas
dari aku(rasullullah) dan orang-orang yang beriman kepada ku.
Qudawah Hasanah
Penerimaan
mesej dakwah dari mad’u bergantung kepada contoh atau teladan dari
pendakwah.Mana mungkin seorang mad’u dapat menerima input dari naqib pada masa
sama naqib tidak menunjuki contoh yang baik di hadapan mereka.Oleh itu,tidak
cukup bagi seorang pendakwah memiliki keilmuan,kefaqihan dan petah berkata-kata
tanpa ada sifat warak,taqwa dan tawaduk dalam diri mereka.Mesej dakwah dapat
dicerna dan dihayati oleh mad’u jika
pendakwah menunjukkan sikap,sifat dan perilaku baik dalam kehidupan mereka.
Sesungguhnya
ada bagi kamu pada rasullullah itu uswah hasanah(contoh atau teladan baik)
kepada sesiapa yang yang mengharapkan (ganjaran) Allah dan (pembalasan)hari
akhirat kelak,ingatlah kepada Allah banyak-banyak
(Surah al-Ahzab ayat 21)
Suasana yang kondusif
Suasana yang
kondusif salah satu factor yang menyumbang dalam pembinaan diri muslim.
Mana mungkin
individu muslim dapat dibentuk dalam persekitaran jahiliah yang menghimpit
mereka?Oleh itu,sifat mengasingkan diri (uzlah) dari suasana jahiliah antara
anasir yang diajar oleh agama bagi membantu pembinaan syaksiah dan keperibadian
pendakwah.Dengan adanya suasana yang kondusif proses membina individu muslim
dapat berjalan dengan baik lagi teratur.
Kesimpulan
Persedian membentuk kader-kader dakwah satu
proses yang memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi dari dai’e.Impak besar dan fitnah buruk bisa
mengundang jika proses ini tidak dijalankan dengan betul dan cermat.
Nik Mohamed Heidzir
Irbid,Jordan
No comments:
Post a Comment
Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.