Gambar Hiasan |
Situasi A
“Amad jom pi
main futsal hujung minggu ni”
“Alah,ana
tak free lah hujung minggu ni sebab ada kelas talaqi kat Amman”
Situasi B
“Riduan jom
ikut ana sekali pi kelas talaqi fiqh malam ni”
“Erm,ana tak
biasa lah pi kelas talaqi duduk bersila macam org kampung,ana lebih
minat diskusi,bedah buku dan sebagainya.”
Urus
dengan baik
Dalam
menjalani tugas sebagai mentor kita akan berdepan dengan pelbagai kerenah anak
usrah yang datang dari pelbagai latar belakang.Ini akan menguji sejauh mana
ketahanan kita utk bersabar dan redha dengan kerenah tersebut.Ada anak usrah hyperaktif,ada
anak usrah pasif dan ada anak usrah yang
suka bertanya.Sebagai contoh,kalau berdepan dengan anak usrah yang suka
bertanya menyebabkan mentor akan membuat persediaan setiap persoalan yang
ditanya oleh naqib bagi memastikan kita sebagai naqib betul-betul
menbuat “kerja rumah”sebelum menghadiri sesi usrah.Ia merupakan diversity yang
akan mematangkan dan menambahkan lagi kesungguhan naqib utk ada kan usrah.
Dalam
lebaran sirah nabawiyah,banyak peristiwa yang menunjukkan nabi s.a.w karakter
yang sangat terbuka bila bermuamalat dengan sahabat.Antaranya rasullullah
meminta pandangan sahabat apakah tindakan sewajarnya dikenakan terhadap tawanan
musyrik perang Badr.
Pendapat Abu Bakr yang mahukan tawanan mendatangi tebusan bagi
melepas mereka dari tahanan.Ini berbeza dengan pandangan Umar al-Khattab yang
mencadangkan agar tawanan tersebut dibunuh sahaja.Pemesyuaratan nabi ini
membuktikan kebijaksaan dan keterbukaan nabi dalam menyelesaikan sesuatu
polimik.
Sedia
mendengar
Ada sesetengah
anak usrah tidak minat dengan pendekatan yang dilakukan oleh mentor menyebabkan mereka menjadikan alasan untuk tidak hadir usrah.Pada hemat
penulis jika mentor berdepan dengan situasi ini,menjadi pendengar
yang baik dalam mendengar kritikan dari anak usrah adalah baik supaya dengan kritikan itu dapat mengupgrade skill komunikasi,tutur kata dan
sebagainya.Penulis percaya dengan kritikan membina ini akan memberi motivasi
cukup bermakna bagi seorang mentor.
Dalam setiap
muamalat nabi saw bersama sahabat, nabi selalu meminta pandangan dan idea
sebelum keputusan diputuskan.Hal ini berlaku ketika mana nabi s.a.w dan para
sahabat berdepan dengan peperangan Badar Kubra.
Sebelum meletus peperangan tersebut nabi datang
dikalangan para sahabat Muhajrin dan Ansar untuk bermesyuarat.
Bangunlah
Miqdad Bin Amru dari kalangan Muhajirin berkata: “Wahai
rasullullah,teruskanlah apa yang telah diturunkan oleh Allah,kami bersama,demi
Allah.Kami tidak berkata sebagaimana Bani Israil berkata kepada nabi
Musa,pergilah kamu bersama tuhan mu,berperanglah kamu berdua,kami mahu tinggal
di sini sahaja,tetapi kami berkata;Pergilah bersama tuhan-Mu,kami pasti bersama
mu,maka demi tuhan yang membangkitkan kamu dengan kebenaran.Kalau engkau
berjalan dengan kami ke Birk al-Ghamad(satu tempat di Yaman)nescaya kami pergi
bersamamu sehingga walau apa pun yang terjadi ”
Nabi pun
berpaling kepada kaum Ansar lagi bersabda:“Bermesyuaratlah(keluarkan pendapat
dan cadangan) wahai manusia”.
Miqdad
bangun sekali lagi utk menguatkan lagi pendirian dia dengan berkata “Demi Allah
seperti kami tujukan kepada kamu wahai rasullullah.”
Nabi
membalas “Ya”
Lalu Sa’ad
Bin Muadh berkata: “Demi sesungguhnya kami telah beriman kepadamu, percaya
kepadamu,kami bersaksi bahawa apa-apa yang kamu datang kepada kami itulah yang
benar dan kami berikan atas dasar itu janji-janji dan ikatan kesetiaan.Kami
sedia mendenga dan taat kepadamu.Maka teruskan wahai rasullullah.Maka demi
Tuhan yang membangkitkan kebenaran kalau sekiranya kamu bentangkan kepada kami
laut yang luas lalu engkau mengharunginyanescaya kami mengharunginya
bersamamu,tiada seorang pun di antara kami yang akan mundur ke belakang dan
tidaklah kami merasai benci apabila engkau bertemu musuh dan kami akan
bersamamu besok.Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang sabar di medan
perang,benar mengotakan apa yang kami kata sekiranya bertempur dengan musuh dan
mudah-mudahan Allah membuktikan kepadamu dari kami,apa yang memuaskan hati kamu
dengan melihat sendiri apa yang kami lakukan.Marilah kita teruskan
perjalanan,mudah-mudahan Allah memberkati kita.”
Kesimpulannya
Warkah mahasiswa.
No comments:
Post a Comment
Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.