Dalam menjalani kehidupan seharian
kita tidak lari dari membuat keputusan yang terbaik.Hasil keputusan tersebut
sedikit sebanyak menatijahkan kebaikan dalam kehidupan tanpa menafikan nasib
buruk yang bakal ditempuh kelak.Keputusan yang diambil biasanya melihat
kepelbagai factor terhadap keadaan keputusan tersebut.Artikel kali ini saya
cuba membawakan keputusan mesyuarat yang dikeluarkan dengan menggunakan cara
fikir topi putih.
“Dakwaan kamu mesti dibuktikan
dengan fakta yg kuat”
“Mana bukti yang boleh menyokong
idea kamu ni”
“Jangan asyik dakwan sahaja tanpa
memberi maklumat dan khabar yang shahih”
Itulah dialog biasa yang selalu kita
dengar bila berdepan dengan golongan yang alert dengan fakta dan berita
shahih.Keshahihan dan kebenaran sesuatu maklumat amat dititikan berat dalam
perbincangan mesyuarat.Khabar angin dan berita palsu menjadi halangan dan
melambat proses memgambil keputusan.
Golongan yang mementingkan kebenaran
fakta biasanya terdiri dari peguam bila sesi penghujahan.Pada sesi tersebut
mereka akan mementingkan fakta dan gambaran utk sabit pesalah terhadap sesuatu
kes yang dikemukan.
Fakta dan
Gambaran
Bila berdepan dengan isu dan
permasalahan dalam mesyuarat.Kebiasanya,ahli mesyuarat akan mempersoalkan
keshahihan isu itu sebelum mereka bertanya kan dari mana berita itu
diambil.Perkara ini timbul bagi mengelakan supaya Pengerusi Majlis atau Ketua
yang selian mesyuarat pada waktu itu mengambil keputusan terburu-buru
berdasarkan maklumat yang belum pasti benar.
Pada situasi ini,ia membuka peluang
kepada ahli mesyuarat melihat sesuatu isu dan permasalahan yang dibincangkan
dari pelbagai sudut yang berbeza.
Ada sebahagian ahli mesyuarat
menilai berita dengan syak wasangka
Ada sebahagian ahli mesyuarat
menilai berita dengan buah mulut orang lain
Ada sebahagian ahli mesyuarat
menilai berita melalui perasan dia.
Maka,sesuatu isu yang timbul dapat
diterjemah dan difahami dari pelbagai sudut berbeza. Menjadi tugas semua ahli
mesyuarat untuk menilai sama ada hanya
benar dan palsu sesuatu berita tapi melihat sejauh mana jika keputusan yang
diambil memberi banyak kemaslahan berbanding mafsadah.Keputusan mesyuarat yang
baik adalah keputusan yang banyak memberi maslahah berbanding mafsadah.Jika
maslahah kurang berbanding mafsadah mungkin keputusan tersebut boleh dinilai
yang manakah memberi maslahah umum berbanding maslahan khusus.
Percaya dan
Menilai fakta
Mengambil sikap berjaga-jaga dalam
menerima fakta salah satu sifat yang perlu dipuji. Sifat ini tidak lengkap
tanpa ada penilaian terhadap keshahihan fakta yang dikeluarkan.Hasilnya,sifat mempercayai berita palsu dan maklumat
salah memerangkap ahli mesyuarat ke arah tindakan yang tidak bijaksana dek
kerana keputusan yang dikeluarkan tidak disusuli semakan dengan betul.
Maklumat dan gambaran sesuatu isu
tidak selalu cukup dalam perbincangan.Ia memerlukan ahli menitik berat
pengambilan maklumat dari sumber yang berbeza dengan menyernaraikan sumber
maklumat,menetapkan keutamaan setiap maklumat dan mengasingkan maklumat sama
ada fakta atau spekulasi.
Variasi
pemikiran
Cara pemikiran topi putih melatih
pemikir melihat permasalahan atau isu dari variasi yang berbeza.Ada sebahagian
melihat berdasarkan pengalaman,ada sebahagian melihat berdasarkan ramalan
sendiri,ada sebahagian melihat berdasarkan maklumat yang dikumpul melalui
data,pie chart dan sebagainya.Kepelbagaian pemikiran dan sumber maklumat akan
menatijahkan kualiti keputusan yang diambil dalam perbincangan yang indicator
kualiti tersebut adalah sejauh mana keputusan tersebut dapat membawa kebaikan
yang banyak kepada umum.
“Saya rasa dengan mengangkat tinggi
jawatan naqib usrah menatijahkan sambutan dakwah yang baik”
“Berdasarkan pengalaman sebelum ini
naqib hanya bersungguh-sungguh mengadakan usrah pada awal sesi usrah bermula”
“Menurut data yang ada pada
saya,hanya 25% sahaja naqib yang mengadakan usrah 4 kali dalam sebulan.”
Kesimpulan
Nik Mohamed Heidzir
Irbid,Jordan.
No comments:
Post a Comment
Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.