Monday 26 January 2015

Resensi Novel : Tenggelamya Kapal Van Der Wijck



Kulit Novel


Muqadimmah
Sesebuah novel menghidangkan nilai-nilai moral yang tersendiri dalam menarik perhatian pembaca.Nilai-nilai agama sering menjadi factor utama dalam menyampaikan mesej baik kepada pembaca yang pelbagai latar belakang pendidikan.

Agama
Dalam novel Tenggelanya Kapal Van Der Wjick karya Prof HAMKA beliau mengambarkan masyarakat Minangkabau yang kuat pegangan agama dan mengamalkan nilai-nilai islam dalam segenap aspek kehidupan.Watak Hayati seorang gadis kampong Minangkabau yang konsisten menghadiri kelas-kelas agama yang diadakan oleh guru agama menjadi perhatian utama pembaca dalam novel ini.
Konflik mula timbul bila watak Zainuddin yang berhijrah ke Minangkabau dengan niat ingin mencari susur-galur dan keturunan menemui kegagalan.
Apapun,Zainuddin membuat pilihan dan berazam untuk bermastautin di Minangkabau untuk belajar hal-ehwal agama bersama orang Minangkabau.

Adat Istiadat
“Biar mati anak jangan mati adat”itulah pepatah Melayu yang menunjukkan betapa pentingnya menjaga adat dan tradisi yang diamalkan oleh orang sebelum mereka.Adat dan tradisi amat payah untuk dipisahkan dalam masyarakat setempat.Dengannya kita mampu mengenali etnik dan suku kaum bangsa.
Adat istiadat Minangkabau yang dihidangkan dalam novel ini sememang mempunyai nilai dan harga yang tinggi dalam memperkenalkan masyarakat Indonesia pada waktu itu.Kedatangan Zainuddin dari Mengkasar menimbulkan tanggapan yang pelik dari masyarakat setempat yang berpegang dengan adat mereka.Hayati yang anak jati Minangkabau mesti diperisterikan dengan suami yang berasal Minangkabau mengikut adat dan tradisi mereka.Disini penulis cuba menperleraikan cerita dari tema utama yang keseluruhan novel.



Cinta
Kisah percintaan Zainuddin yang digaris dalam novel ini terhalang dengan penolakan keluarga Hayati terhadap pinangan Zainuddin.Yang mana menurut adat Minangkabau suami yang mahu diperisterikan penduduk Minangkabau semestinya dari orang Minangkabau.

Penolakan pinangan diremuk rendam tidak menangisi.Malah,Zainuddin merasai dirinya hina lantaran ditolak dek kerana bukan dari keturunan Minangkabau.Walhal,susur galur ayahnya sendiri berasal dari Minangkabau yang tulen.
Hayati disambut dengan lamaran seorang bangsawan kaya iaitu Aziz.Yang mana perkahwinan Aziz bersama Hayati membuka 1001 permasalahan dan ujian buat Hayati yang mula mengenali Aziz seorang kaki botol dan suka berjudi.Ini polemik yang Hamka cuba datangkan kepada pembaca bahawa dengan kekayaan manusia tidak dapat mengapai kebahagian di dunia.Yang hakikatnya kekayaan hanya lah wasilah untuk capai kebahagian dalam hidup seseorang.


Refleksi atau ulasan ringkas saya

Kemuliaan seseorang manusia bukan berasaskan keturunan,keluarga,dan kaum.Malah Islam meletakkan ketakwaan sebagai asas kemuliaan dan kebaikan manusia.Tiada lah kebaikan manusia jika mereka meninggalkan agama wahyu yang diturunkan oleh Allah iaitu Islam.

Pegangan terhadap adat istiadat masyarakat tertentu bukanlah ukuran yang baik dalam menentukan jodoh seseorang.Ia hanya lah ikutan turun temurun dari masyarakat lampau.Namun begitu adat istiadat yang baik boleh dijadikan hujah dan diambil sumber hukum berdasarkan prinsip 
  



العادة محكمة
Uruf boleh diambil dijadikan sumber hukum

كل ما شهدت به العادة قضي به
Setiap apa yang disaksikan pada kebiasaanya adat (dijadikan)hokum dengannya

Keberanian menjaga jati diri sebagai anak muda dari Mengkasar telah ditunjukkan melalui watak Zainuddin sebagai pemuda yang mempunyai cita-cita yang tinggi,bangkit dari kekecewaan cintanya terhadap Hayati.

Sekian 
Nik Mohamed Heidzir 
27/1/2015 

No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.