Sunday, 27 January 2013

Bulatan itu - Neeq

Gambar Hiasan
Bulatan itu

Bulatan itu bermula perkenalan kita,
Dalam keriagan yang tidak berbelah bagi,
Ombak duka dan lara menongkah bersama,
Menuju cita-cita sejauh melangit tinggi,

Bulatan itu hasil beribu azimat mutiara,
Pelita hidup di alam muda yang bebas,
Moga jadi acuan berguna di masa lusa,
Yang bisa memacak panji agama di angkasa pentas.

Bulatan itu bakal dirasai perpisahannya,
Melabuh senja dengan pemergian sang pewira,
Kian merentasi masa yang begitu lama
Dengan sinar fajar kembali di bercahaya.

Bulatan itu tidak akan dilupai saat manisnya,
Ujian dan pengorbanan mengasak api dalam diri,
Serangan futur yang menodai nafsu buas manusia,
Bekalan mutiara sang murabbi setia terus di jalan ini.

*Syair ini dinukilkan khas buat sahabat seusrah.Semoga terhibur dengan karya yang saya hasilkan.





Isu forum “Seiringkah Mahasiswa &Politik”

Gambar Hiasan

Rentetan daripada video forum “Seiringkah Mahasiswa dan Politik” yang diadakan pada tanggal 8 Januari 2013 di  Dewan Muadzzam Shah,Universiti Utara Malaysia,Sintok Kedah.Saya selaku mahasiswa celik amat tidak bersetuju dengan tindakan Sharifah Zohra Jabeen Shah Miskin yang menghalang dan tidak memberi ruang yang sepenuhnya kepada Bawani KS melontar kritikan dan pandangan beliau tentang isu PTPTN,Himpunan Bersih dan sebagainya.

Monday, 21 January 2013

Naqib Usrah

Gambar Hiasan

“Naqib” itulah gelaran individu yang ditaklifkan memimpin sekumpulan usrah.Gelaran yang simple,tetapi beban tanggungjawab yang cukup berat.Apakah keistimewaan gelaran pada seorang naqib sehingga seseorang sanggup memikul tugas tersebut.?

Sunday, 4 November 2012

Sahabat

Gambar Hiasan



Dalam keadaan diri ini kecewa dan berputus asa,Ada SAHABAT yang sudi memberi semangat untuk bangkit dan terus mengejar cita2,

Dalam keadaan diri ini kesedihan,ada SAHABAT yang sudi mengukir senyuman supaya diri ini tenang dalam menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang.

Dalam keadaan diri ini jahil dan tak mampu menjalankan sesuatu taklifan,Ada SAHABAT yang sudi memberi tunjuk ajar dan menasihati supaya melakukan dengan lebih baik.

Walauapapun,terima kasih kepada semua insan yang sudi berSAHABAT dengan diri yang kerdil ini..

Hanya Allah sahaja dapat memberi hidayahNya kepada kamu semua..
^_^


Nik Mohamed Heidzir Bin Kamarudin
Universiti Yarmouk,Irbid,Jordan.

Friday, 13 July 2012

Amal Islami:Antara kewajipan@mengisi masa kosong



"Kenapa saya terpilih menyertai kem kepimpinan nie?"tanya peserta
"Kamu memang berbakat dalam bab kepimpinan"ujar ajk program
"Apa program Badan Dakwah buat kepada ahlinya?

Itulah dialog yang biasa ana dengar bila berdepan dengan golongan yang baru berkecimpung dalam medan dakwah.Mereka sentiasa tertanya-tanya dalam diri mengapa aku ditaklifkan sebagai petugas amal Islami kenape bukan dia dan mereka?