Gambar Hiasan
Naqib usrah bukanlah
jawatan yang ada tawar-menawar antara persatuan dan ahli.Tetapi jawatan ini
dipikul atas dasar kesedaran seseorang akan hakikat kelebihan berdakwah kepada
Allah.Ketahuilah bahawa tidak ada kata-kata yang lebih baik jika dibandingkan
dengan kata-kata yang menyeru kepada Allah.
Firman Allah taala
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang
menyeru kepada Allah,mengerjakan amal yang saleh dan berkata “sesungguhnya aku
termasuk orang-orang yang berserah diri
(Surah Fussilat ayat 33)
Pasaran Dakwah
berbentuk MLM
Istilah Multi level marketing (MLM) memang tidak asing lagi
bagi kita.Ia adalah satu cara pasaran produk kepada pengguna dengan cara
berperingkat.Bermula dengan seorang pengguna produk kemudian pengguna tadi
boleh digelar sebagai peruncit jika dapat memasarkan produk tersebut kepada
pengguna lain dengan cara iklan dan beli secara pukal.
Kalaulah naqib usrah dapat mengamalkan cara multi level
marketing dalam menyampaikan mesej Islam kepada mad’unya alangkah untungnya
pahala yang diperolehi?Bayangkan jika ahli usrah kita dalam 5-7orang
mengamalkan mesej dakwah yang kita sampaikan nescaya pahala orang yang menyeru
kepada kebaikan dapat sama dengan orang yang melakukan kebaikan.
Amat benar sabdaan nabi s.a.w :
(Riwayat Muslim)
Usrah vs ceramah
Usrah merupakan
wasilah dakwah yang paling unit berbanding wasilah lain.Ini kerana berdakwah
dalam halaqah usrah lebih berkesan jika dibandingkan dengan dakwah umum.Keberkesanan usrah boleh dihasilkan semaksimum mungkin jika ia dijalankan mengikut
dhawbit yang ditetapkan.Dengan dhawabit taaruf,tafahum dan takaful saya pasti
ia akan membina sebuah ikatan kekeluarga yang diimpikan oleh setiap naqib.
Keberkesanan usrah
tidak dapat dilihat dalam jangka masa “short term”.Namum kesannya boleh
dilihat pada masa akan datang bilamana
individu yang didakwah tersebut lebih mengetahui dan alim dari kita.Tidak ada perasaan yang lebih bahagia bagi seorang naqib bilamana
melihat mad’u nya mengatasinya dari segi aspek ibadah,akhlak dan saqafah.Inilah
produk yang perlu seorang naqib bentuk dengan memasukkan input Islam yang
berguna dalam setiap usrah yang dijalankan.
Nik Mohamed Heidzir
Universiti Yarmouk.
No comments:
Post a Comment
Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.