(KH Ahmad Dahlan)
Gerakan Muhamadiyah salah satu simbolik kekuatan
kumpulan kaum muda dalam membersih amalan khurafat dan syirik dalam
masyarakat.Gerakan yang dipelopori oleh Kyai Ahmad Dahlan telah membawa
pencerahan agama yang tulen kepada masyarakat kawasan Kauman Djogjakarta ketika
itu telah menimbulkan spekulasi buruk dan salah faham dari masyarakat setempat
khususnya Kyai Cholil Kamaludiningrat (Penghulu Masjid Besar Kauman)
Masyarakat kampung
Kauman Djogjakarta.
Lanskap masyarakat Kauman yang
kebanyakan terpengaruh dengan ajaran Syekh Siti Jenar yang meletakkan raja
sebagai perwujudan tuhan dan masyarakat yakin titah raja adalah sabda tuhan
sedikit sebanyak membawa kepada perkara tahyul dan mistik.
Melihat amalan khurafat dan syirik
yang diamalkan masyarakat setempat,beliau mengambil keputusan untuk menunaikan
haji di Mekah disamping menuntut ilmu disana.Cita-citanya untuk menuntut ilmu
agama di Mekah mendapat dorongan paman beliau
Kyai M.Fadlil dan mengharapkan agar dibawa pembaharuan di sepulangan beliau
nanti.
Seruan
Pembaharuan
Setelah kepulangan beliau dari Mekah,
nyata seruan pembaharuan yang dibawa oleh Kyai Ahmad Dahlan terpengaruh dengan
pemikiran Syekh Muhammad Abduh,Al-Afghani dan tokoh revolusi lain.
Ini menjadi masalah utama Kyai Ahmad
Dahlan hasil ketidakterimaan masyarakat kauman kepada pembaharuan yang dibawa
oleh beliau
Selain itu, pembaharuan yang dibawa oleh beliau
mendapatkan tentangan yang hebat malah dituduh kafir disebabkan beliau memasukan
unsur penggunaan biola,kerusi dan meja seperti mana diamalkan di sekolah
penjajah Belanda waktu itu.Seruan pembaharuan beliau yang tidak luntur dan
langsung mendapat dorongan dari isterinya Siti Walidah dan keluarga Darwis.
Penubuhan
Gerakan Muhamadiyah
Pada tanggal 18 November 1912
terlakar dalam sejarah Indonesia bahawa Muhammadiyah ditubuhkan bersifat sosial
dan bergerak di bidang pendidikan dan tidak bergiat dalam bidang politik. Dengan
cita-cita pembaharuan ingin mengadakan suatu pembaharuan dalam cara berpikir
dan beramal menurut tuntunan agama Islam. Ia ingin mengajak ummat Islam
Indonesia untuk kembali hidup menurut tuntunan Al-Qur’an dan Al-Hadis dan
menjauhi budaya talklid dalam soal ugama.
Pada tanggal 20 Desember 1912, Ahmad
Dahlan mengajukan permohonan kepada Pemerintah Hindia Belanda untuk mendapatkan
badan hukum. Permohonan itu baru dikabulkan pada tahun 1914. Permohonan itu hanya berlaku
untuk daerah Djogjakarta dan organisasi ini hanya boleh bergerak di daerah Djogjakarta. Kerna kekhawatiran Pemerintah Hindia Belanda akan perkembangan organisasi
ini.
Pada hemat saya,filem seperti patut
dihayati dan diambil iktibar oleh generasi muda supaya mereka tidak menjadi
perbezaan manhaj pendidikan sebagai alasan permusuhan.Dengan cara memperkasa system
pendidikan sahaja kita boleh merubah masyarakat setempat dari jahil kepada
alim,dari jumud kepada terbuka,dari mundur kepada moden.
Nik Mohamed Heidzir
Irbid,Jordan.
No comments:
Post a Comment
Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.