Kekerdilan manusia dalam
menyelesaikan permasalahan mereka berlandaskan aqal amat terhad.Manusia tidak
mampu menyediakan satu alternative baik yang boleh menjamin kebahagian mereka
di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.Maka dengan itu agama turun kepada manusia
bukan sahaja dalam aspek pengabdian kepada Allah semata-mata tapi menyediakan alternatif
baik untuk manusia dalam segenap aspek kehidupan.
Islam sebagai penyelesaian
Kesemua panduan hidup
manusia yang terkandung dalam Islam bersumberkan al-Quraan dan Hadis.Menjadi kesalahan
manusia pada hari ini khususnya ummat Islam adalah ketidakyakinan mereka memahami
manhaj Ilahi sesuai seluruh tempat dan sepanjang zaman.
Kebangkitan ummat Islam dalam
mendaulatkan syariatullah hasil dari beberapa factor agama itu
sendiri.Pertamanya,agama Islam sesuai dengan fitrah manusia,kedua sejarah
keberkesanan syariat ini dalam membawa alternatif dan rahmat kepada manusia.
Ini sudah terbukti bahawa agama telah membawa peradaban dan kemodenan sesebuah ummat.Kegemilangan kepimpinan Khalifah ar-Rasyidun,Umaiyah,Abbasiyah dan Uthmaniyah sedikit sebanyak menyumbang kemodenan dan perkembangan ilmu yang pesat dalam sejarah dunia.Kejayaan ini dirasai bukan sahaja orang Muslim bahkan non-Muslim yang berlindung di wilayah orang Islam.Aset pengalaman ini perlu diingati oleh generasi akan datang dalam membawa perbaharuan ke arah kemodenan dan peradaban bangsa ke arah yang lebih baik.
Ciri-ciri agama
rahmat untuk semua
1.
Manhaj
Untuk Manusia
“Dan
orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak
ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang
menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya
(Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha
membaiki amalannya.”
(Surah
al-Ankabut ayat 69)
1.
Manhaj
Yang Unggul
Panduan yang
bersumberkan al-Quraan dan Hadis amat berbeza berbanding panduan yang
diciptakan oleh manusia.Inilah yang menjamin keunggulan Islam berbanding
ideology lain di dunia ini.
1.
Manhaj
Yang Mudah
“Manusia tidak
mampu bertahan lama dengan agama unggul ini”
“Agama Islam
yang diwahyukan ini bersifat mengekang kehendak manusia”
Kedatangan
Islam untuk diaplikasikan oleh manusia sekaligus meruntuhkan jahiliah suatu
matlamat yang perlu dicapai. Kepincangan demi kepincangan yang timbul hasil
daripada kejahilan dan pemisahan agama
dari kehidupan manusia menyebabkan manusia tiada alternatif lain kecuali
kembali kepada agama Allah.
Walaupun
tohmahan demi tohmahan yang dilihat agama ini mengokong kebebasan manusia tapi
ia memberi kebebasan manusia dari belenggu hawa nafsu dan perasaan buruk.
Pensyariatan
zakat harta golongan kaya kepada golongan miskin bukan suatu kongkongan tapi ia
membebaskan manusia daripada bersifat kedekut dan mementingkan
diri-sendiri.Mendidik manusia bersikap adil dan tidak menindas golongan lemah.
“Sesungguhnya
Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan
berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur
sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan Dia ke
serendah-rendah peringkat orang-orang Yang rendah, Kecuali orang-orang Yang
beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala Yang tidak putus-putus.”
(Surah
at-Tiin ayat 4-6)
Bekalan buat
Ummat
Kejatuhan ummat Islam dalam tampuk
pemerintahan memberi peluang kepada pendokong taghut dan ideology jahiliah
memegang kuasa politik.Sisa-sisa jahiliah ini sedikit sebanyak menjadi racun
jangka panjang ummat Islam sehingga gagal mengenal Islam yang sebenar yang
dibawa oleh nabi s.a.w.
Pada
bab akhir ini Sayyid Qutb mendatangkan beberapa dasar penting yang menjadi
kemuliaan ummat Islam pada masa kini.Antaranya manusia satu bangsa yang sama
yang tiada kemuliaan antara satu sama lain kecuali takwa kepada Allah.
Keturunan,warna
kulit, dan ras tidak menjamin kemuliaan disisi Allah dan kepelbagaian ini bukan
alasan untuk mereka bersikap asabiah,tindas menindas dan menzalimi satu sama
lain tetapi dijadikan titik tolak untuk
kenal-mengenal dan beramah mesra.Sesuai dengan firman Allah :
Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya
di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan
kamu).
(Surah
al-Hujurat ayat 13)
Selain
dari satu bangsa manusia,Islam menghormati kemuliaan insani yang ada dalam diri
manusia.Segala bentuk kezaliman seperti system kasta,perhambaan sesame manusia,korupsi, dan sebagainya bertentangan dengan Islam sesuai dengan firman Allah s.w.t
Dan
Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka
menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah
memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami
telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang
telah Kami ciptakan.
(Surah
al-Isra ayat 70)
Sejajar
dengan itu,kedatangan Islam di muka bumi tidak lain tidak bukan membawa system yang
unggul,universal dan sesuai dengan fitrah insani.Sistem rabbani ini tidak mampu
dicabar dengan ideology-ideologi yang ada di muka bumi ini yang bersifat
paksaan dan zalim dalam pengaplikasian dalam masyarakat.Akidah sebagai teras perpaduan
dan Islam menolak unsur paksaan dalam menerima agama sebagai panduan dalam
kehidupan masyarakat masa kini.
Tidak
ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran
(Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak percayakan Taghut,
dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada
simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah
Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
(Surah
al-Baqarah ayat 256)
Kesimpulan
Buku “Inilah Agama” kaya dalam
membentangkan permasalahan masyarakat kini yang tidak mampu diselesaikan oleh ideology
ciptaan manusia.Tetapi persoalan dan permasalahan ini hanya mampu diselesaikan
dengan inisiatif kembali kepada agama wahyu ini dalam kehidupan manusia. Supaya
dengan menghayatan indahnya beragama dapat dikecapi samada ummat Islam mahupun
non-Muslim.
Nik
Mohamed Heidzir
Irbid,Jordan.
No comments:
Post a Comment
Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.