Wednesday 23 April 2014

#Paradok 1:Pengurusan mesyuarat topi putih



Dalam menjalani kehidupan seharian kita tidak lari dari membuat keputusan yang terbaik.Hasil keputusan tersebut sedikit sebanyak menatijahkan kebaikan dalam kehidupan tanpa menafikan nasib buruk yang bakal ditempuh kelak.Keputusan yang diambil biasanya melihat kepelbagai factor terhadap keadaan keputusan tersebut.Artikel kali ini saya cuba membawakan keputusan mesyuarat yang dikeluarkan dengan menggunakan cara fikir topi putih.

 Putih=Neutral.
“Dakwaan kamu mesti dibuktikan dengan fakta yg kuat”

“Mana bukti yang boleh menyokong idea kamu ni”

“Jangan asyik dakwan sahaja tanpa memberi maklumat dan khabar yang shahih”

Itulah dialog biasa yang selalu kita dengar bila berdepan dengan golongan yang alert dengan fakta dan berita shahih.Keshahihan dan kebenaran sesuatu maklumat amat dititikan berat dalam perbincangan mesyuarat.Khabar angin dan berita palsu menjadi halangan dan melambat proses memgambil keputusan.

Golongan yang mementingkan kebenaran fakta biasanya terdiri dari peguam bila sesi penghujahan.Pada sesi tersebut mereka akan mementingkan fakta dan gambaran utk sabit pesalah terhadap sesuatu kes yang dikemukan.

Fakta dan Gambaran

Bila berdepan dengan isu dan permasalahan dalam mesyuarat.Kebiasanya,ahli mesyuarat akan mempersoalkan keshahihan isu itu sebelum mereka bertanya kan dari mana berita itu diambil.Perkara ini timbul bagi mengelakan supaya Pengerusi Majlis atau Ketua yang selian mesyuarat pada waktu itu mengambil keputusan terburu-buru berdasarkan maklumat yang belum pasti benar.
Pada situasi ini,ia membuka peluang kepada ahli mesyuarat melihat sesuatu isu dan permasalahan yang dibincangkan dari pelbagai sudut yang berbeza.

Ada sebahagian ahli mesyuarat menilai berita dengan syak wasangka

Ada sebahagian ahli mesyuarat menilai berita dengan buah mulut orang lain

Ada sebahagian ahli mesyuarat menilai berita melalui perasan dia.

Maka,sesuatu isu yang timbul dapat diterjemah dan difahami dari pelbagai sudut berbeza. Menjadi tugas semua ahli mesyuarat untuk menilai sama ada  hanya benar dan palsu sesuatu berita tapi melihat sejauh mana jika keputusan yang diambil memberi banyak kemaslahan berbanding mafsadah.Keputusan mesyuarat yang baik adalah keputusan yang banyak memberi maslahah berbanding mafsadah.Jika maslahah kurang berbanding mafsadah mungkin keputusan tersebut boleh dinilai yang manakah memberi maslahah umum berbanding maslahan khusus.

Percaya dan Menilai fakta

Mengambil sikap berjaga-jaga dalam menerima fakta salah satu sifat yang perlu dipuji. Sifat ini tidak lengkap tanpa ada penilaian terhadap keshahihan fakta yang dikeluarkan.Hasilnya,sifat mempercayai berita palsu dan maklumat salah memerangkap ahli mesyuarat ke arah tindakan yang tidak bijaksana dek kerana keputusan yang dikeluarkan tidak disusuli semakan dengan betul.

Maklumat dan gambaran sesuatu isu tidak selalu cukup dalam perbincangan.Ia memerlukan ahli menitik berat pengambilan maklumat dari sumber yang berbeza dengan menyernaraikan sumber maklumat,menetapkan keutamaan setiap maklumat dan mengasingkan maklumat sama ada fakta atau spekulasi.

Variasi pemikiran

Cara pemikiran topi putih melatih pemikir melihat permasalahan atau isu dari variasi yang berbeza.Ada sebahagian melihat berdasarkan pengalaman,ada sebahagian melihat berdasarkan ramalan sendiri,ada sebahagian melihat berdasarkan maklumat yang dikumpul melalui data,pie chart dan sebagainya.Kepelbagaian pemikiran dan sumber maklumat akan menatijahkan kualiti keputusan yang diambil dalam perbincangan yang indicator kualiti tersebut adalah sejauh mana keputusan tersebut dapat membawa kebaikan yang banyak kepada umum.

“Saya rasa dengan mengangkat tinggi jawatan naqib usrah menatijahkan sambutan dakwah yang baik”

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini naqib hanya bersungguh-sungguh mengadakan usrah pada awal sesi usrah bermula”

“Menurut data yang ada pada saya,hanya 25% sahaja naqib yang mengadakan usrah 4 kali dalam sebulan.”

Kesimpulan

Memberi gambaran dan keshahihan fakta salah satu cara dalam mempersembahkan idea di dalam sesuatu mesyuarat. Dengan ini,ia tidak hanya melatihkan kita cara berfikir mengambil keputusan berdasarkan maklumat sedia ada, tapi mengajar kita menapis sesuatu fakta dari spekulasi yang timbul dan meramalkan keputusan yang diambil berdasarkan gambaran dan fakta yang diberi.

Nik Mohamed Heidzir 
Irbid,Jordan.

No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.