Sunday 27 January 2013

Isu forum “Seiringkah Mahasiswa &Politik”

Gambar Hiasan

Rentetan daripada video forum “Seiringkah Mahasiswa dan Politik” yang diadakan pada tanggal 8 Januari 2013 di  Dewan Muadzzam Shah,Universiti Utara Malaysia,Sintok Kedah.Saya selaku mahasiswa celik amat tidak bersetuju dengan tindakan Sharifah Zohra Jabeen Shah Miskin yang menghalang dan tidak memberi ruang yang sepenuhnya kepada Bawani KS melontar kritikan dan pandangan beliau tentang isu PTPTN,Himpunan Bersih dan sebagainya.

Beliau(Sharifah)selaku Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia(SW1M) seharusnya membuka ruang sepenuhnya kepada saudari Bawani KS melontarkan kritikan dan cadangannya pada forum tersebut.Dengan cara ini,audiens dapat menilai hujah mana yang relevan dan mana yang tidak relevan dihadapi sekarang dan seterusnya membuka minda seluruh mahasiswa akan masalah yang dihadapi mereka.

Sikap melaungkan “Listen..listen..listen let me speak”sebelum mendengar hujah dari Bawani menunjukan sikap tidak professional dalam perbincangan.Sikap ini “pembunuh suara mahasiswa” di kampus dan membiarkan doktrinasi dalam kampus berlaku.

Apa pun,pada hemat saya suara mahasiswa tidak harus dihalang oleh mana-mana pihak dengan mengenakan tindakan undang-undang,tahanan aktivis mahasiswa dan tarikan biasiswa yang menyebabkan mereka terus dikongkong dalam “penjara universiti” walaupun panggilan tersebut tidak seburuk penjara Kamunting.

Kesimpulannya,mahasiswa adalah golongan intektual yang bakal mewarisi pimpinan negara pada masa akan datang harus sedar hak mereka dalam menentukan hala tuju negara.Amat lekeh jika mereka dikawal seperti robot oleh pihak yang tidak bertanggungjawab..


Nik Mohamed Heidzir.
Universiti Yarmouk,Irbid,Jordan.


No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.