Monday 28 November 2011

Langkah bermula,dari wordpress ke blogger......

Alhamdulilah,setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Alah s.w.t dengan limpah kurniaNya dapat lagi ana bermadah kalam dalam blog ini.Setelah sekian lama menaip,menbahaskan isu dalam blog lama ana,kini ana mula berhijrah dari wordpress kepada blogspot.Yang mana ana melihat blogspot ini mudah diselenggarakan berbanding wordpress yang ana guna sebelum ini.



Jika dulu link blog ana ialah nmheidzir.wordpress.com yang menbawa tajuk pengembara di tanah gersang.Pada blog kali ini ana cuba membawa tajuk warkah mahasiswa wadah mahasiswa melontar buah fikiran.Dengan tajuk blogspot yang hebat insyallah pada kali ini ana cuba menbawa dan menghidang hasil karya ana dalam blog ini berkenan:

  • Isu-semasa yang berlaku dalam negara
  • Perkongsian buah fikiran,ilmu dan maklumat
  • Motivasi dan prinsip hidup
  • Perkongsian pengalaman dan aktiviti seharian
Insyaalah dengan kategori isu tersebut ana cuba perincikan lagi dengan panjang lebar dalam kiriman akan datang.Apa yang ana harapkan semoga blog ana pada kali ini menjadi wadah tempat masyarakan khususnya mahasiswa untuk mengambil segala input yang bermanfaat yang ana cuba kongsikan bersama anda yang sedang membaca sekarang ini.Ana rasa sampai disini sahaja kalam permualaan ana pada kali ini

Nik Mohamed Heidzir

Universiti Yarmouk,Jordan

No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.