Saturday 14 November 2015

Krisis Kewangan Malaysia : Dimanakah kita

Gambar Hiasan

Dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Kita tidak dapat menjangka permasalahan dan krisis akan berlaku pada masa akan datang. Permasalahan dan krisis sentiasa akan berlaku dalam kehidupan kita tapi bagaimana setiap krisis dan permasalahan diurus dengan baik supaya masalah lain tidak timbul dan permasalahan dalam diselesaikan dengan baik dan effisien. Disini perlunya kebijaksanaan individu dalam menyediakan pelan bertindak yang spesifik termasuklah soal perancangan kewangan.

Krisis Kewangan Malaysia
Krisis kewangan Malaysia yang berlaku sejak bulan Januari 2015 sungguh memberi impak yang besar kepada ejen ekonomi. Bermula dari keluarga berpendapatan rendah sehingga lah kerajaan. Pelabagai punca dan jusfikasi diberikan oleh pelbagai pihak terhadap bermasalah berlaku. Salah satunya,penurunan harga minyak dalam pasaran minyak dunia. Malaysia yang terkenal dengan negara pengeluar minyak terkena tempias dari keruntuhan harga minyak ini. Hasil nya sebahagian pendapatan negara (national income) merudum dan memaksa kerajaan memotong perbelanjaan negara dalam menghadapi krisis ini. Kebergantungan kerajaan terhadap sumber minyak mentah perlu dikurang dengan mencari alternatif baru yang boleh ditampung dalam perbelanjaan.
Krisis kewangan ini ditambah lagi dengan tempias krisis kewangan di negara Euro bilamana pengistiharan keluar negara Green dari Kesatuan Eropah (Euro United). Yang mana hasil keluar Grech dari Kesatuan Eropak memberi implikasi keseluruhan factor negara-negara Europah termasuklah factor ekonomi.

Saya boleh bagi contoh bayangkan kilang A menghasilkan 100 buah TV untuk dijual kepada Eurozone. Sekarang Eurozone tak boleh beli. Jadi 100 buah TV ni kena jual katakan Zon BRIC (Brazil, Rusia, India dan China). Pembahagian kekayaan di situ sudah mencapai tahap ekstrim, iaitu 5% kuasai 95% kekayaan.

Katakan kilang A jual kat Brazil. Sekiranya bilangan penduduk Eurozone sama dengan Brazil, maka saiz pasaran kini merosot daripada hampir 100 orang kepada 5 orang sahaja. 5 orang yang kuasai 95% kekayaan ini takkan bertindak membeli 100 buah TV semata-mata kerana mereka mempunyai wang.

Senario yang sama, tetapi sekarang kilang A yang sama kena buat 100 buah TV untuk Eurozone dan 100 lagi untuk BRIC.
Keadaan menjadi semakin serius kerana daripada tidak dapat menjual 100 buah TV, sekarang kilang A tidak boleh menjual 195 buah TV.

Apabila kilang A menghadapi keadaan ini, maka dia akan kurangkan pembelian bahan mentah dan mungkin sehingga tahap memecat pekerjanya.
Masalah yang Malaysia bakal hadapi bukan kilang A, tetapi pembekal kepada kilang A dan pekerja kilang A. (Dipetik dari : http://www.beritasemasa.com.my/ekonomi-greece-malaysia-euro)

Jika penawaran export produk dari euro melonjak tinggi,kini kuantiti penawaran export merudum berbanding permintaan import dari negara luar. Oleh itu,kilang syarikat gergasi dari Euro terpaksa gulung tikar dan membuang pekerja tempatan di negara-negara membangun seperti Malaysia,Indonesia dan Singapura.

Perancangan kewangan
Bermula dari sekarang amalan berbelanja kita mesti berubah. Jika dulu kita tiada langsung perancangan kewangan dalam kamus hidup kita. Pastikan hari ini kita mulakan dengan membuat perancangan kewangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang. Perancangan kewangan yang paling effisien dengan kita menyenarai pendapatan dan perbelanjaan bulanan. Dari situ kita dapat mengetahuai pendapatan boleh guna selepas ditolak simpanan bulanan.

Cuba anda bayangkan kalau pendapatan anda di Jordann sebanyak  RM 1000=160 JOD lebih kurang sebulan , selepas ditolak dengan pendapatan boleh guna sebanyak 140 JOD. Maka simpanan bulanan anda iaitu 20 JOD. Dengan 20 JOD sebulan anda mampu mencapai 240 JOD jika simpanan selama setahun. Kalau 2tahun,3tahun. Anda boleh kira sendiri.

Azizi Ali dalam bukunya yang berjudul Jutawan dari planet Jupiter telah mencadangkan untuk pastikan dalam gaji atau pendapatan bulanan kita ada simpanan pada masa depan dengan nisbah 5% dari jumlah pendapatan untuk diri kita sendiri. Selain itu beliau menerang 3 tujuan penting simpanan adalah untuk persaraan,dana kecemasan dan pendidikan. Mungkin kita boleh kaji lagi perkara ini. Tak mampu saya menerangkan keseluruhannya di ruang yang terbatas ini.

Berjimat cermat
Berjimat cermat salah satu amalan mulia bagi setiap muslim. Amalan satu alternatif baik yang Islam sediakan untuk mengajar umatnya berdisiplin dalam berbelanja dan mengelak dari bersifat kedekut dan bakhil. Seperti mana firman Allah taala dalam surah al-Furqan ayat 67 yang bermaksub
Dan mereka (orang yang beriman) apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan sebaliknya perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil)
                                                                                    (Surah al-Furqan ayat 67)
  
Cukup jelas kepada kita bahawa Islam tidak menghalang kita berbelanja untuk meneruskan kehidupan. Tetapi pada masa sama Islam menyediakan guideline dalam berbelanja supaya wang yang dibelanjakan tidak membazir dan kedekut.

Dengan cara ini mungkin kita boleh klasifikasikan perbelanjaan kepada tiga kategori  iaitu dharuriyat,hajiyat dan tahsiniah. Perbelanjaan dharuriyat boleh dikategorikan seperti perbelanjaan sewa rumah,bil letrik dan bil air,derma dan simpanan. Kemudian hajiyat adakah perbelanjaan seharian seperti duit makan di luar,duit beli gas ketika shita dan pengangkutan ke jamiah. Tahsiniah saya boleh klasifikasi sebagai perbelanjaan travel,beli sofa rumah,beli jam berharga dan sebagainya yang tak mampu saya nak senaraikan dalam ruangan ini

Bantu sahabat lain yang kesusahan
Dalam kita memulakan langkah penjimatan,jangan kita lupa sumbangan derma kepada sahabat kita disekeliling. Mungkin bantuan dari segi belanja makan dan bantuan duit poket boleh diberikan kepada mereka sebagai penampung perbelanjaan mereka. Kalu tak banyak sedikit pun tak.
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” 
(H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

Kesimpulan
Krisis kewangan satu yang tabie dalam mana-mana negara samada negara maju,membangun dan miskin. Krisis kewangan membuka mata pengkaji untuk mencari sebab dan justifikasi dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku. Dengan itu pelan bertindak secara menyeluruh bermula dari isi rumah,firma dan kerajaan perlu digembleng bagi memastikan kestabilan ekonomi terjamin dengan baik.

LIKE&SHARE :Warkah Mahasiswa
FOLLOW : www.warkahmahasiswa.blogspot.com