Monday 6 April 2015

Pendekatan ijtihad dalam Polisi Fiskal




Gambar Hiasan
Memang tidak dinafikan bahawa kerajaan merupakan kuasa tertinggi dalam mengekalkan kestabilan dan memperkukuhkan ekonomi sebuah negara.

Dengan kuasa yang ada pada kerajaan segala polisi dan tindakan yang dikenakan terhadap rakyat bawah mesti dilihat matlamat yang perlu dicapai.

Persoalannya bagaimanakah polisi tersebut dapat menjamin kemakmuran Negara.?

Dalam mendepani krisis ekonomi yang tidak diduga,polisi fiscal wasilah yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam mengawal perbelanjaan kerajaan  dan menentukan kadar percukaian yang dikenakan kepada rakyat.Selain itu banyak lagi tindakan kerajaan yang memerlukan ijtihad semasa dalam memastikan ekonomi negara di peringkat yang baik dan stabil.

Apakah polisi fiscal?
Polisi fiscal merupakan satu tindakan kerajaan mengubah kadar cukai dan perancangan perbelanjaan Negara untuk memastikan kestabilan ekonomi dalam keadaan yang lebih baik.Polisi fiskal harus digunakan sebaik mungkin  kerajaan bagi memastikan tiada mana pihak yang akan tertindas hasil penyalahgunaan polisi ini.


Biasa nya polisi ini dijalankan bilamana sebuah negara mengalami kemelut inflasi yang teruk.Dengan itu,kerajaan akan memotong kadar cukai barang untuk mengurangkan harga barang yang dibeli untuk memastikan kuasa beli rakyat di peringkat maksimun dan sekali gus memberi impak baik pada Gross Domestic Porduct(GDP)

Polisi Fiskal dalam Islam
Justeru itu,apakah perspektif Islam dalam hal ini? Boleh sebuah kerajaan mengenakan polisi untuk kemashatan masyarakat bersama?

Islam memberi ruang kepada pemimpim kerajaan mengawal urusan dunia dengan sebaiknya berlandaskan ijtihada-ijtihad terbaik yang diputuskan secara syura. Disana ada perbahasan berkaitan

kerelevanan pungutan cukai kepada rakyat ? 

Boleh kah kerajaan menetapkan harga terhadap barangan dan perkhidmatan ? 

Dan bagaimana kerajaan mengagihkan dana zakat kepada asnaf ?

Ini lah persoalan melibatkan polisi fiscal dalam Islam yang mana ia menuntut ijtihad baru yang sentiasa berubah mengikut masa dan tempat. Dengan polisi fiscal pemimpin dalam sebuah negara perlu mengeluarkan ijtihad dengan mengambil berat soal tinggi kemaslahatan (kebaikan) kepada rakyat dan kurangnya mudharat (keburukan) yang dihadapi.

Kesimpulanya,kuasa politik kerajaan dalam sebuah negara perlu digunakan sebaik mungkin bagi memastikan keharmonian rakyat dirasai bersama khususnya dalam ekonomi. Penyalahgunaan kuasa bukan sahaja akan memberi kesan buruk kepada rakyat malah ia menjadi point dan sebab untuk rakyat tukar tampuk pemerintahan. Kuasa politik kekal jika pemimpin dikasihi oleh rakyat,rakyat bisa menukar tampuk pemerintahan jika mereka dizalimi.

Nik Mohamed Heidzir
Universiti Yarmouk,Irbid.