Thursday 4 September 2014

Program Emosi vs Program Objektif


Gambar Hiasa


Menghadiri ke sesuatu merupakan salah satu rutin dalam kehidupan mahasiswa.Adakala program yang bersifat selektif tak dapat dihadiri oleh sebahagian mahasiswa disebabkan berlaku pertembungan dengan aktiviti yang lebih penting dari pada itu.Dalam masa kita diajar untuk menghadiri program yang  disediakan oleh persatuan adakah aktivis mahasiswa (baca:jawatankuasa penganjur program)memikirkan kemaslahatan untuk kita hadiri sesuatu program?Adakah cukup iklan program kemudian tunggu hadirin yang datang ke dewan dah dikira “program aku dah berjaya sebab ramai yang datang”.




Program Emosi 



Kondusif, suasana dan isu semasa kebiasaanya mempengaruhi entity penganjur menjalankan program.Melalui dengan ini jawatankuasa program dikerah untuk memikir idea yang boleh dikaitkan dengan suasana yang berlaku tanpa memikirkan matlamat yang mahu dicapai dari program.

Maka disini lahirnya timbunan program persatuan yang pelbagai ragam tapi objektif yang sama dengan entity lajnah lain.Dangkal sekali kalau ada golongan yang berpegang dengan doktrin bahawa sesuatu isu kita terpaksa mengubah segala perancangan program yang lampau demi meraikan dan melariskan perdebatan ilmu,diskusi,dialog terhadap isu berlaku.Walhal perbincangan tersebut jauh sekali dari matlamat isu.Maka perbincangan seperti ini lahir dalam aktivis Islam kampus untuk mencanang pemikiran ahli dengan isu semasa.

“Sekarang ni berlaku gempa bumi lah.Apa kata kita buat forum bertajuk Bala :dari siapakah ini.? Kata seorang aktivis siswi kampus.

“Akhir sem 2 ni ramai yang akan melangsungkan perkahwinan.Saya rasa baik kita jalankan kursus pra-perkahwinan dikalangan mahasiswa disini.” Cadang seorang siswa dalam mesyuarat lajnah.

Menjalankan aktiviti atau program mengikut “citarasa” isu semasa tak salah.Tetapi perlu diambil perhatian oleh aktivis Islam bahawa kadangkala program yang dibawa itu tidak membawa natijah yang besar dalam diri mahasiswa kerna tiada satu objektif  yang khusus nak dicapai bersifat nafsu.

Pada hemat saya,sebagai meraikan atau melariskan isu semasa yang sedang berlaku ada baiknya kita mencari solusi terhadap isu tersebut dan menyampai kepada sahabat sekeliling dengan cara yang santai atau perbualan harian tanpa buat program.



Program Objektif statik kah ia?
Program yang dijalan tanpa terikat dengan isu semasa ia bersifat objektif dan mempunyai hadaf tertentu untuk dicapai.Dengan ini jawatankuasa program biasanya merancang program lebih awal dari biasanya untuk diletakkan dalam taqwin tahunan persatuan.



Pada hemat saya,program objektif  yang berkala kebiasaanya mendapat tempat dalam kalangan mahasiswa untuk hadir.

Dengan itu,lajnah dakwah kampus boleh menyusun aktiviti atau program mengikut urusan tema dan mesej dakwah yang ingin disampaikan secara berturutan. Contohnya,bulan Jan mesej dakwah “Pembinaan akhlak individu”,bulan Feb “Pembinaan akhlak masayarakat” dan bulan Mac “Pembinaan akhlak masyarakat dalam sebuah negara”.

Begitulah susunan tema dan mesej dakwah yang disusun agar setiap program bersiri dan berturutan.Dengan mendatangkan kelainan mesej dakwah ini masyarakat kampus khususnya golongan yang berminat dengan program dakwah tidak jemu dengan sajian dakwah yang disampaikan.

Objektif dan Isu 
Program emosi tidaklah 100% perlu dibuang dalam kamus dakwah.Tapi perlu disertakan objektif program yang jelas lagi teratur agar program tersebut menatijahkan kesan yang besar dalam jiwa mad’u.Jadi guna ia bila memerlukan.

Program objektif yang disusun dalam takwin tahunan kalau dijalankan mengikut tradisi dan pengalaman sebelum akan dilihat hambar dan tak menarik.Disini memerlukan daie bersifat kreatif dan dinamik dalam membawa pembaharuan dari segi wasilah dan uslub yang disampaikan.



Kesimpulan
Faktor isu dan ideal memainkan peranan penting dalam keberjayaan sesebuah program.Disini faktor tersebut perlu dimainkan oleh semua aktivis Islam untuk menyusun aktiviti dan program mengikut wasilah dakwah yang fleksibel dengan keadaan semasa tanpa meminggirkan citarasa mad’u.

Nik Mohamed Heidzir
nmheidzir@gmail.com
Irbid , Jordan
 

No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.