Wednesday 10 September 2014

#Softskill Daie: Berinteraksi dengan Al-Quraan

Gambar Hiasan


Al-Quraan merupakan wahyu paling utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad s.a.w. Ia merupakan sumber kepada agama Islam yang meliputi Aqidah, Feqah dan Akhlak. Khazanah ilmu ini perlu dipelajari oleh setiap daie dalam membina karakter daie yang berkualiti. Selaku daie bagaimana kita berinteraksi dengan al-Quraan dalam menyampaikan mesej Islam kepada audiens dakwah (mad’u)?

Sunday 7 September 2014

Antara pengampu dan pencerca – Dr Maza

Seseorang pemerintah hendaklah tahu, bahawa bukan semua yang memujinya ikhlas kepadanya. Mungkin pujian itu datang disebabkan takut kepadanya atau habuan yang diharapkan. Maka tidak hairanlah jika ramai pemerintah yang dipuji pada zaman dia berkuasa, dikeji dan dihina pada hari dia kehilangan tahta. Para pengampu juga akan mencari ‘tempat ampuan’ yang baru. Di samping itu, sesuatu yang pasti bahawa setiap yang mengutuk atau memaki pemerintah secara terbuka, tidak mempunyai keikhlasan terhadap pemerintah. Pemaki atau pencerca sebenarnya sama seperti pengampu. Kedua-duanya mengharapkan habuan. Pemaki mengharapkan dengan makian itu dia diangkat, atau dianggap wira. Lalu habuan akan datang melalui penyokongnya, atau akan ada kerusi yang diberikan kepadanya.

Thursday 4 September 2014

Program Emosi vs Program Objektif


Gambar Hiasa


Menghadiri ke sesuatu merupakan salah satu rutin dalam kehidupan mahasiswa.Adakala program yang bersifat selektif tak dapat dihadiri oleh sebahagian mahasiswa disebabkan berlaku pertembungan dengan aktiviti yang lebih penting dari pada itu.Dalam masa kita diajar untuk menghadiri program yang  disediakan oleh persatuan adakah aktivis mahasiswa (baca:jawatankuasa penganjur program)memikirkan kemaslahatan untuk kita hadiri sesuatu program?Adakah cukup iklan program kemudian tunggu hadirin yang datang ke dewan dah dikira “program aku dah berjaya sebab ramai yang datang”.

Hidup bersama - A Samad Said

Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.


Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.

Monday 1 September 2014

Berdiri anak bangsa merdeka - Neeq

Gambar Hiasa



Berdiri sudah anak bangsa merdeka.
Kecapan kebebasan untung nenek dahulu.
Bermandi darah demi sebuah negara bangsa.
Berpaksi perlembagaan terus berpencak maju.

Berdiri sudah anak bangsa merdeka.
Menitip sebuah terowong tamadun bangsa.
Membina jati diri demi maruah bangsa.
Moga terus mekar di persada dunia.

Berdiri sudah anak bangsa merdeka.
Menyingsing kejayaan fajar cerah.
Menatang generasi pelapis baru.
Demi membela agama,nusa dan bangsa.

Berdiri sudah anak bangsa merdeka.
Tiada kejayaan hanya pekikan konsert.
Masa depan mu belum sinar dengan masa sia-sia.
Atas slogan apa kau laungkan untuk janji ini.
  
Anak bangsa merdeka anak bangsa berdikari.
Jiwa luhur akhlak budi mengunung cita-cita melangit.
Tidak gentar menongkah badai cabaran mendatang.