Monday 9 June 2014

Resensi Movie : Sang Pencerah.

Gambar Hiasan

"Aku ini sudah tua, berusia lanjut, kekuatanku pun sudah sangat terbatas. Tapi, aku tetap memaksakan diri memenuhi kewajibanku beramal, bekerja, dan berjuang untuk menegakkan dan menjunjung tinggi perintah tuhan. Aku sangat yakin seyakin-yakinnya bahwa memperbaiki urusan yang terlanjur salah dan disalahgunakan atau diselewengkan adalah merupakan kewajiban setiap manusia, terutama kewajiban umat Islam."
(KH Ahmad Dahlan)


Gerakan Muhamadiyah salah satu simbolik kekuatan kumpulan kaum muda dalam membersih amalan khurafat dan syirik dalam masyarakat.Gerakan yang dipelopori oleh Kyai Ahmad Dahlan telah membawa pencerahan agama yang tulen kepada masyarakat kawasan Kauman Djogjakarta ketika itu telah menimbulkan spekulasi buruk dan salah faham dari masyarakat setempat khususnya Kyai Cholil Kamaludiningrat (Penghulu Masjid Besar Kauman)


Masyarakat kampung Kauman Djogjakarta.

Lanskap masyarakat Kauman yang kebanyakan terpengaruh dengan ajaran Syekh Siti Jenar yang meletakkan raja sebagai perwujudan tuhan dan masyarakat yakin titah raja adalah sabda tuhan sedikit sebanyak membawa kepada perkara tahyul dan mistik.

Melihat amalan khurafat dan syirik yang diamalkan masyarakat setempat,beliau mengambil keputusan untuk menunaikan haji di Mekah disamping menuntut ilmu disana.Cita-citanya untuk menuntut ilmu agama di  Mekah mendapat dorongan paman beliau Kyai M.Fadlil dan mengharapkan agar dibawa pembaharuan di sepulangan beliau nanti.

Seruan Pembaharuan

Setelah kepulangan beliau dari Mekah, nyata seruan pembaharuan yang dibawa oleh Kyai Ahmad Dahlan terpengaruh dengan pemikiran Syekh Muhammad Abduh,Al-Afghani dan tokoh revolusi lain.
Ini menjadi masalah utama Kyai Ahmad Dahlan hasil ketidakterimaan masyarakat kauman kepada pembaharuan yang dibawa oleh beliau

Bukan itu sahaja beliau, penghujahan Kyai yang berpendapat bahawa Masjid Besar Kauman tersasar kiblat dari Mekah menghadap Afrika mendapat sanggahan yang kuat dari Kyai Lurah Noor(Kepala Jamaah Masjid Besar) dan Kyai Siraj Pakualaman(Ulama Keraton Pakualaman) .Hasilnya beliau menubuhkan pesantren beliau sendiri di dengan menyakini kiblat yang dihadapi adalah kearah Mekah.

Selain itu, pembaharuan yang dibawa oleh beliau mendapatkan tentangan yang hebat malah dituduh kafir disebabkan beliau memasukan unsur penggunaan biola,kerusi dan meja seperti mana diamalkan di sekolah penjajah Belanda waktu itu.Seruan pembaharuan beliau yang tidak luntur dan langsung mendapat dorongan dari isterinya Siti Walidah dan keluarga Darwis.

Penubuhan Gerakan Muhamadiyah

Pada tanggal 18 November 1912 terlakar dalam sejarah Indonesia bahawa Muhammadiyah ditubuhkan bersifat sosial dan bergerak di bidang pendidikan dan tidak bergiat dalam bidang politik. Dengan cita-cita pembaharuan ingin mengadakan suatu pembaharuan dalam cara berpikir dan beramal menurut tuntunan agama Islam. Ia ingin mengajak ummat Islam Indonesia untuk kembali hidup menurut tuntunan Al-Qur’an dan Al-Hadis dan menjauhi budaya talklid dalam soal ugama.

Pada tanggal 20 Desember 1912, Ahmad Dahlan mengajukan permohonan kepada Pemerintah Hindia Belanda untuk mendapatkan badan hukum. Permohonan itu baru dikabulkan pada tahun 1914. Permohonan itu hanya berlaku untuk daerah Djogjakarta dan organisasi ini hanya boleh bergerak di daerah Djogjakarta. Kerna kekhawatiran Pemerintah Hindia Belanda akan perkembangan organisasi ini.

Pada hemat saya,filem seperti patut dihayati dan diambil iktibar oleh generasi muda supaya mereka tidak menjadi perbezaan manhaj pendidikan sebagai alasan permusuhan.Dengan cara memperkasa system pendidikan sahaja kita boleh merubah masyarakat setempat dari jahil kepada alim,dari jumud kepada terbuka,dari mundur kepada moden.


Semooga bermaanfat untuk semua.

Nik Mohamed Heidzir
Irbid,Jordan.

No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.