Monday 24 March 2014

Usrah:Pemangkin pembentukan masyarakat sivil



Metodologi dakwah melalui usrah tidak asing lagi bagi aktivis gerakan Islam di seluruh dunia.Wasilah ini amat masyhur di mana-mana sahaja bermula dari sekolah,university dan masyarakat umum.Sejauh mana usrah ini diperbaharui mengikut kesesuai masa dan tempat  dalam memberi mesej dakwah kepada golongan sasar.? 

Usrah yang baik dan effektif adalah usrah yang menepati objektif (maqasid) dan pelaksanaan sesuai dengan tahap pemikiran audies (audies).Disini penulis cuba mendatangkan beberapa factor yang boleh menjadi pemangkin ke arah pembinaan masyarakat sivil.


Memobilasi usrah

Wasilah usrah sering dikaitkan dengan golongan ustaz tanpa menafikan ia satu wasilah bebas yang terbuka kepada umum.Pada hemat saya sudah sampai masanya wasilah ini diterima sebagai medan untuk pembentukan ahli masyarakat yang bebas berpartisipasi,mengemuka hujah secara langsung dan berbincang menyelesaikan permasalahan masyarakat di sekeliling.Dengan timbul kesedaran seperti ini,sikap suka membantu dan saling hormat-menghormati dalam kalangan ahli dapat di semai dalam sesebuah negara.

Lihatlah dalam lembaran sirah nabi saw,bagaimana kesan dakwah nabi di Mekah dalam menyemai sikap saling tolong-menonton dikalangan sahabat pada ketika itu.Yang mana,manifestasi sikap tolong-menolong ini memberi kejayaan yang baik dalam dakwah nabi saw di Mekah.Sehingga dibuktikan dalam firman Allah taala :



Muhamad ialah Rasul Allah ;dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesame sendiri.
(Surah al-Fath ayat 29)

Dalam kalangan muslim,berapa ramai boleh menerima mesej dakwah dengan baik.?

Dalam kalangan yang menerima mesej dakwah yang baik,berape ramai yang boleh menerima dengan cara usrah.?

Dalam kalangan yang menerima dakwah dengan cara usrah,berapa ramai yang boleh input dari naqib usrah yang mengepalainya.? 

Oleh itu,walauapapun nama diberi,ia tetap diberkisar soal pembinaan ahli usrah dari sudut pemikiran,kefahaman dan akhlak.Dengan adanya medan ini ahli dapat memberi pelbagai pandangan terhadap sesuatu isu dan seterusnya memberi kesimpulan akhir perbincangan untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka


Berapa ramai masayarakat hari ini keliru antara masalah ibadat dengan muamalat,permasalahan pokok dengan cabang yang memerlukan pencerahan yang jelas dari orang yang berautoriti.Dengan memobilisasi usrah dalam ruang social penulis yakin masyarakat bukan sahaja memperoleh proses pembinaan jati diri tetapi dapat mengerakkan ahli masyarakat dengan cara berkongsi dan menyedarkan mereka dengan jelas. 



Medium Pencerahan

Kebebasan mendapatkan berita dan akses maklumat salah satu langkah dalam membentuk masyarakat sivil.Dengan kebebasan mendapatkan maklumat masyarakat tidak boleh diperbodohkan dengan anasir berita palsu yang entah dari mana sumbernya.Malah mereka dilatih dalam menilai dan menerima sesuatu berita dengan baik.Lambakan ragam dan berita palsu di media massa menjadikan usrah sebagai alternative baik medium pencerahan isu-semasa bagi menjamin keshahihan sesuatu isu dan berita.Seperti mana firman Allah s.w.t.



Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Surah Hujurat ayat 6)

Biasanya mempercayai sesuatu berita palsu akan menimbulkan sikap perbalahan yang tidak kesudahan dalam masyarakat.Perbalahan ini sudah pasti dapat dielakkan jika masyarakat matang dalam menilai sesuatu berita yang dihidangkan oleh media massa.Kalau dilihat pada hari ini,masyarakat Bandar lebih banyak menerima berita dari sumber sekunder berbanding dari media arus perdana.Dengan adanya sikap seperti ini masyarakat lebih bersikap matang dalam menilai berita yang diterima dalam kancah perkembangan maklumat yag begitu pesat.



Sudah sampai masa media arus perdana dibebas dari kekangan kerajaan dalam menyebarkan berita dan fakta yang benar.

Sampai bila ruang pencerahan perlu dikongkong oleh kerajaan ?

Bila menyentuh soal kebebasan media,ia termasuk juga kekangan entity agama yang melarang certain tajuk untuk tidak dibincangkan dalam teks-teks khutbah.Tajuk yang menyentuh soal jihad,pemimpin zalim,mencegah korupsi dan sebagainya kurang dititik berat dalam teks-teks khutbah masjid menyebabkan rakyat tidak sedar akan kezaliman,ketidakadilan dan kejahatan rejim pemerintah.
Pada hemat saya,ruang kebebasan maklumat ini perlu diperluaskan agar ia menjadi fungsi pemangkin kesedaran dan intelektual masyarakat.



Rela suka vs Suka rela

Kesedaran mendalam terhadap permasalahan masyarakat memerlukan masyarakat terlibat secara langsung dalam aktiviti sukarelawan.Kesedaran ini tidak akan timbul tanpa ada penghayatan agama syumul dari penganutnya. Oleh itu,kesedaran boleh digerakkan melalui wasilah usrah dalam menyelesaikan kemelut masalah rakyat dalam negara.Tidak ramai masyarakat yang join usrah pada hari ini alert dengan masalah sekitar malah mereka lebih suka berdakwah dalam kelompak mereka yang tidak kurang penting dengan masalah yang ada disekitarnya.Sikap seperti ini bertepatan dengan hadis nabi s.a.w :

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.” (Shahih Jami)



Kesimpulan

Usrah yang berkesan adalah usrah yang mampu melahirkan masyarakat civil yang bebas dalam menentu hala tuju sesebuah negara. Bukan itu sahaja,mereka mampu mengubah landskap politik,ekonomi dan social selari dengan kesedaran yang timbul dalam jiwa mereka.

Nik Mohamed Heidzir
nmheidzir@gmail.com
Irbid Jordan


 

 

No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.