Thursday 24 October 2013

Urus mereka dgn baik.

Gambar Hiasan



Situasi A

“Amad jom pi main futsal hujung minggu ni”
“Alah,ana tak free lah hujung minggu ni sebab ada kelas talaqi kat Amman”

Situasi B

“Riduan jom ikut ana sekali pi kelas talaqi fiqh malam ni”
“Erm,ana tak biasa lah pi kelas talaqi duduk bersila macam org kampung,ana lebih minat diskusi,bedah buku dan sebagainya.”


 

Itulah dialog yang biasa kita dengar bila seorang mentor(naqib)minta cadangan tarikh dan masa utk mengadakan usrah.Pelbagai alasan yang selalu kita dengar yang menjadi penghalang untuk kita mengadakan usrah dan aktiviti berkaitan dengannya.Apakah tindakan yang rasional bila berdepan dengan situasi sebegini.?



Urus dengan baik

Dalam menjalani tugas sebagai mentor kita akan berdepan dengan pelbagai kerenah anak usrah yang datang dari pelbagai latar belakang.Ini akan menguji sejauh mana ketahanan kita utk bersabar dan redha dengan kerenah tersebut.Ada anak usrah hyperaktif,ada anak usrah pasif  dan ada anak usrah yang suka bertanya.Sebagai contoh,kalau berdepan dengan anak usrah yang suka bertanya menyebabkan mentor akan membuat persediaan setiap persoalan yang ditanya oleh naqib bagi memastikan kita sebagai naqib betul-betul menbuat “kerja rumah”sebelum menghadiri sesi usrah.Ia merupakan diversity yang akan mematangkan dan menambahkan lagi kesungguhan naqib utk ada kan usrah.
Dalam lebaran sirah nabawiyah,banyak peristiwa yang menunjukkan nabi s.a.w karakter yang sangat terbuka bila bermuamalat dengan sahabat.Antaranya rasullullah meminta pandangan sahabat apakah tindakan sewajarnya dikenakan terhadap tawanan musyrik perang Badr.
Pendapat Abu Bakr  yang mahukan tawanan mendatangi tebusan bagi melepas mereka dari tahanan.Ini berbeza dengan pandangan Umar al-Khattab yang mencadangkan agar tawanan tersebut dibunuh sahaja.Pemesyuaratan nabi ini membuktikan kebijaksaan dan keterbukaan nabi dalam menyelesaikan sesuatu polimik.



Sedia mendengar

Ada sesetengah anak usrah tidak minat dengan pendekatan yang dilakukan oleh mentor menyebabkan mereka menjadikan alasan untuk tidak hadir usrah.Pada hemat penulis jika mentor berdepan dengan situasi ini,menjadi pendengar yang baik dalam mendengar kritikan dari anak usrah adalah baik supaya dengan kritikan itu dapat mengupgrade skill komunikasi,tutur kata dan sebagainya.Penulis percaya dengan kritikan membina ini akan memberi motivasi cukup bermakna bagi seorang mentor.

Dalam setiap muamalat nabi saw bersama sahabat, nabi selalu meminta pandangan dan idea sebelum keputusan diputuskan.Hal ini berlaku ketika mana nabi s.a.w dan para sahabat berdepan dengan peperangan Badar Kubra.
Sebelum meletus peperangan tersebut nabi datang dikalangan para sahabat Muhajrin dan Ansar untuk bermesyuarat.



Bangunlah Miqdad Bin Amru dari kalangan Muhajirin berkata: “Wahai rasullullah,teruskanlah apa yang telah diturunkan oleh Allah,kami bersama,demi Allah.Kami tidak berkata sebagaimana Bani Israil berkata kepada nabi Musa,pergilah kamu bersama tuhan mu,berperanglah kamu berdua,kami mahu tinggal di sini sahaja,tetapi kami berkata;Pergilah bersama tuhan-Mu,kami pasti bersama mu,maka demi tuhan yang membangkitkan kamu dengan kebenaran.Kalau engkau berjalan dengan kami ke Birk al-Ghamad(satu tempat di Yaman)nescaya kami pergi bersamamu sehingga walau apa pun yang terjadi

Nabi pun berpaling kepada kaum Ansar lagi bersabda:“Bermesyuaratlah(keluarkan pendapat dan cadangan) wahai manusia”.

Miqdad bangun sekali lagi utk menguatkan lagi pendirian dia dengan berkata “Demi Allah seperti kami tujukan kepada kamu wahai rasullullah.”

Nabi membalas “Ya”

Lalu Sa’ad Bin Muadh berkata: “Demi sesungguhnya kami telah beriman kepadamu, percaya kepadamu,kami bersaksi bahawa apa-apa yang kamu datang kepada kami itulah yang benar dan kami berikan atas dasar itu janji-janji dan ikatan kesetiaan.Kami sedia mendenga dan taat kepadamu.Maka teruskan wahai rasullullah.Maka demi Tuhan yang membangkitkan kebenaran kalau sekiranya kamu bentangkan kepada kami laut yang luas lalu engkau mengharunginyanescaya kami mengharunginya bersamamu,tiada seorang pun di antara kami yang akan mundur ke belakang dan tidaklah kami merasai benci apabila engkau bertemu musuh dan kami akan bersamamu besok.Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang sabar di medan perang,benar mengotakan apa yang kami kata sekiranya bertempur dengan musuh dan mudah-mudahan Allah membuktikan kepadamu dari kami,apa yang memuaskan hati kamu dengan melihat sendiri apa yang kami lakukan.Marilah kita teruskan perjalanan,mudah-mudahan Allah memberkati kita.”

Kesimpulannya

Tugas mendidik masyarakat tidak semua dalam dilaksana dengan baik oleh setiap mentor.Apa yang penting kita jalankan tugas mendidik tersebut agar anak usrah lebih baik dari mentor dari segenap aspek.Tidak ada mutiara yang bernilai dilihat bagi semua mentor kecuali dapat melihat anak usrah mereka terdidik agar lebih baik dari mereka.

Warkah mahasiswa. 

No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.