Sunday 9 June 2013

Konsep berbuat Ihsan

            Kehidupan manusia tidak dapat lari dari dua hubungan yang mesti mereka pegang.Pertama hubungan dengan Allah dan kedua hubungan sesama manusia.Dengan menjaga kedua-dua hubungan ini ia akan  menjamin kehidupan mereka sama ada bahagia atau sengsara di akhirat kelak.

            Menjaga hubungan dengan Allah tidak cukup hanya kita mentaati perintah sahaja.Ia lebih luas dari ruang lingkup ibadah khusus dengan syarat seseorang tersebut melakukan amal hanya mahukan keredha-Nya dan bertepatan dengan piawaan syar’a.Seperti mana firman Allah taala.




Dialah Yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah dikalangan kamu terbaik amalannya.Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.[1]

            Menurut Fadhi Iyas seorang ahli sufi dalam menafsirkan ayat ini,beliau menafsirkan amalan terbaik yang disebut dalam ayat di atas tidak lari dari dua syarat iaitu niat yang ikhlas dan amalan yang dilakukan mesti mengikut landsan syara’a.[2]

            Lihatlah dalam kehidupan kita pada hari ini.Sejauh mana landasan syara’a menjadi pertimbangan kita.?Bila menghadapi sesuatu kemusykilan adakah kita merujuk alim-ulamak, dan buku agama untuk mengetahui sesuatu hukum itu.
            Sesuatu amalan tidak akan diterima jika kita lakukan dengan hanya kasih dan ikhlas pada Allah pada masa yang sama amalan tersebut jauh dari kaifiat syar’a.

Hubungan sesama manusia

Menjaga hubungan sesama manusia bererti menjaga adab dan akhlak dengan mereka semasa berinteraksi. Bila mana manusia menjalani rutin seharian dengan manusia di sana ada perasaan yang mereka perlu jaga,layan dan memberi perhatian yang baik kepada mereka.

            Dalam hal ini nabi Muhammad saw adalah karakter terbaik dalam menunjuki akhlak dan sahsiah mulia buat semua ummat sehingga Allah memuji akhlak dan adab rasullullah dalam banyak firman-Nya.Seperti yang disebut dalam dalam al-Quraan:

Sesunggunya Engkau(Muhammad)mempunyai akhlak peribadi yang agung.[3]

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).[4]

Bentuk Ihsan dalam al-Quraan
            
Dalam al-Quraan al-Karim banyak disebut kalimah Ihsan yang pelbagai konteks ayat.Antaranya:_

Suruhan Allah untuk berlaku ihsan dan adil.

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan ihsan dan memberi bantuan kepada  kaum kerabat dan melarang kamu dari keji, mungkar dan permusuhan.Dia yang memberi pengajaran kepada kamu agar kamu mengambil pelajaran.[5]

Berlaku ihsan kepada kedua-dua ibu bapa.

      Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia,berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar." Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya).[6]

Memaafkan saudara se-Islam dengan Ihsan

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka
barangsiapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya, hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih.[7]

Bercerai dengan isteri dengan baik dan Ihsan

Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik.Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu dari yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Jika kamu khawatir bahwa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka
itulah orang-orang yang zalim.[8]


            Ayat di atas secara jelas menerangkan perit penting berlaku ihsan sama ada sesame insane mahupun khaliq.Dengan berbuat baik yang akan menatijahkan keberkatan dari Allah dengan limpahan rezeki yang banyak.

            Sedar atau tak,kita selalu melihat orang yang bersyukur dan menjaga hubungan dengan Allah selalu dilimpahi ketenangan hidup walaupun kehidupan mereka tidak lah semewah orang kaya.Sebab ketenangan hidup tidak dapat dibeli dengan wang ringgit,kekayaan banyak dan sebagainya.

            Lain pula orang diberi kekayaan,mereka merasai tidak cukup dengan harta kekayaan lantas mengumpul harta hari demi hari sehingga tidak akan kunjung puas hawa nafsu mereka.

            Oleh itu,ingatlah!wahai insana sekalian.Kehidupan ini tidak apa-apa istimewa melainkan dengan kita melakukan ketaatan kepada Allah dengan sebaik-baiknya.Tiada guna kalau seorang alim melakukan kebaikan tanpa ada ihsan,tidak guna bagi seorang pelajar belajar ilmu Allah tanpa ada sifat ihsan.Ihsan adalah salah satu elemen yang diletakan dalam amalan seorang hamba bagi menjamin amal mereka sempurna dan diterima oleh Allah.

  Nik Mohamed Heidzir



[1] Surah al-Mulk ayat 2
[2] Tafsir Bagdhawi juz 8 muka surat 173
[3] Surah al-Qalam ayat 3
[4] Surah al-Ahzab ayat 21
[5] Surah an-Nahl ayat 90
[6] Surah an-Naam ayat 151
[7] Surah al-Baqarah 178
[8] Surah al-Baqarah ayat 229


No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.