Friday 3 May 2013

Ibrah Perang Hunain disaat PRU 13

Ramai manusia pada hari percaya dan bergantung pada asbab dan faktor zahiriah dalam kehidupan mereka.Kedua-dua perkara ini amat penting dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perkara tanpa mengabaikan pertolongan dan tawakal kepada Allah.Konsep bergantung harap pada Allah ini banyak ditunjuki oleh nabi s.a.w dalam kehidupan baginda lebih-lebih lagi dalam soal peperangan.Persoalannya,adakah kita selaku ummat Islam meneliti setiap ibrah yang berlaku dalam kehidupan nabi s.a.w bersama sahabat.?Adakah sejarah kegemilangan itu hanya menjadi bahan ingatan tanpa penghayatan yang menyeluruh.?



Kalau perang Badar Kubra ummat Islam dapat memenangi dengan jumlah yang sedikit,kenapa tidak perang Hunain yang angkatan ummat Islam lebih besar dari perang Badar.?

Faktor tercetus Perang Hunain
Menurut ulamak sirah ghazwah Hunain berlaku pada 10 Syawal tahun ke-8 hijrah selepas daripada Pembukaan Kota Mekah.Hasil daripada kejayaan pembukaan ini, qabilah Huwazin dan Thaqif merasa ketidak puashatian dan berdendan lantas menghalakan serangan ke atas rasullullah bersama para sahabat di Mekah.

Peperangan ini berbeza daripada peperangan sebelumnya.Angkatan Musyrik di bawah pimpinan Malik Bin Auf mengarahkan mereka membawa segala harta, wanita-wanita, anak-anak dan binatang ternak bersama-sama ke medan perang. agar ia lebih mendorong mereka untuk terus berjuang dan tidak lari dari medan perang.Inilah salah satu taktik dan strategi yang tidak pernah dilakukan oleh musyrik sebelum ini.Kerana dengan partisipasi anak-pinak dan isteri maka matlamat peperangan ini bukan hanya mempertahkan agama dan kesyirikan bahkan maruah diri dan keluarga.

Ketegangan kaum Muslimin disaat peperangan

Ketegangan di pihak kaum muslimin dapat dilihat bilamana mereka dikepong terlebih dahulu sebelum memulakan serangan.Menurut Ibnu Abbas: “Saya menahan Rasullullah supaya tidak terburu-buru dengan memegang kekang baghalnya.Abu Sufyan yang memegang pelananya.Maka rasullullah diwaktu itu: Panggil orang-orang Samrah (orang-orang yang berbai’ah Ridhwan di masa perjanjian Hudaibiyah) maka saya pun melaungkan dengan sekuat suara: “Wahai orang-orang Samrah,”demi Allah mereka bergegas berpatah balik bila mendengar suara saya,seolah-olah lembu mendengar suara anaknya;mereka datang sambil menjawab:Labbaik,labbaik dan terus menghadapi pihak musuh. Kemudian saya melaung lagi: Wahai orang-orang Ansar.”Baginda juga menuju ke arah pertempuran itu sambil berkata: “Sekarang tiba masanya pertempuran hebat,’ kemudian dipungut Rasullullah beberapa ketul anak batu lalu dilontarkannya ke muka orang-orang kafir.Katanya: “Tewaslah kamu demi Tuhan Muhammad”[1]

Begitu ketegangan yang amat dahsyat sekali yang dihadapi oleh Rasullullah bersama para sahabat dalam peperangan.Walaupun bilangan mereka dijangka 12,000 angkatan tentera belum pasti menjamin kemenangan yang besar dalam perang ini.

Inilah menunjukkan kepada kita khususnya ummat yang datang selepas daripada kewafatan baginda s.a.w bahawa kemenangan Islam tidak cukup hanya kekuatan fizikal seperti kecanggihan teknologi,angkatan tentera yang banyak dan sebagainya.Tetapi,usaha untuk mencapai kemenangan itu haruskan disusuli dengan munajat dan memohon pertolongan kepada Allah.Seperti mana firmana Allah taala dalam


Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu;kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian  Allah menurunkan Sakinah kepada Rasulnya dan kepada Mu’minin,dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak dapat melihatnya,dan Allah menimpakan bencana azab kepada orang kafir,dan demikianlah balasan kepada orang kafir,sesudah itu Allah menerima taubat dari orang-orang yang dikehendakinya.Dan Allah Amat Pengampun lagi Amat Penyayang.[2]

            Kesimpulannya,segala usaha untuk mencapai satu matlamat yang tinggi dalam mana-mana pekerjaan lebih-lebih lagi kerja-kerja agama mesti disusuli dengan sifat taqwa dan sabar.Dengan adanya kedua-dua sifat ini sudah pasti petugas(amilin) gerakan Islam tidak terburu-buru dalam mengejar kemenangan Islam.


Nik Mohamed Heidzir
Universiti Yarmouk,Irbid.




[1] Riwayat Muslim,Bukhari juga meriwayatkan dengan ringkas,terdapat riwayat ini dengan lengkapnya dalam semua kitab sirah
[2] Surah at-Taubah ayat 25-27

No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.