Friday 1 February 2013

Berkata baik atau diam.

Gambar Hiasan
“Muka kau ni macam tak mandi sebulan”
“Kau ni aku tengok macam ibu ayam kehilangan anak”
“Apa punya tulisan macam cakar ayam”

Dialog di atas sering kita dengar dikalangan sahabat kita.Kata-kata yang berunsur perlian,ejekan dan umpatan yang tidak senang dihinggapi di telinga tetapi kepuasan bagi orang yang menutur.



Mulut adalah satu pandaindera yang kecil tapi mudah mengundang dosa jika salah guna pada tempatnya.Disebabkan mulut manusia bisa berbohong,mengumpat dan mengejek.Alangkah rugi jika seseorang mukmin yang banyak amal solehnya tetapi pada masa yang sama tidak bisa mengawal diri menjauhi dosa-dosa dari mulut.Amat benar sabdaan nabi s.a.w dalam sebuah hadis

Dari Sahl bin Sa'ad r.a. katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang dapat memberikan jaminan kepadaku tentang kebaikannya apa yang ada di antara kedua
tulang rahangnya(yakni mulut)  serta antara kedua kakinya (yakni kemaluannya) maka saya memberikan jaminan syurga untuknya."

(Muttafaq 'alaih)

Manusia memang tidak selesa jika tidak bercakap keburukan.Keburukan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang sama ada dia sedar atau tidak adalah satu perbuatan dosa dalam Islam.Malah dosa tersebut tidak boleh diampun kecuali dengan izin orang yang diumpati.Ini termasuk dalam kategori dosa sesama manusia yang mana dosa tersebut perlu diampun oleh individu yang berdosa terhadapnya.

Berkata baik atau diam.

Bila berbincang soal dosa-dosa dari mulut ini,saya suka memetik sebuah hadis yang sering kita baca dan dengar dalam kitab Matan Arbain Nawawi iaitu:


Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau kalau tidak dapat berkata yang baik, hendaklah ia berdiam diri saja."
(Muttafaq 'alaih)


Hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa hubungan menjaga lidah(mulut) dan kesan ke atas keimanan kepada Allah dan hari Akhirat.Justeru itu,sejauh mana kita mengucapkan zikir dan kalimah baik dalam seharian?Banyak mana individu kita mengumpat,mengejek dan perli dalam seharuan.?Apapun marilah sama-sama kita insafi diri kita sejauh mana pancaindera yang Allah taala anugerahkan ini digunakan untuk perkara yang baik.

Kesimpulanya,setiap anugerah diberi oleh Allah seharusnya kita mensyukuri dengan sebaiknya dan sedaya mungkin digunakan pada jalan yang betul.Kerana nikmat ini yang membawa kita kepada syurga-Nya.

Nik Mohamed Heidzir
Universiti Yarmouk,Irbid.



No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.