Monday 9 July 2012

Sebuah penantian bulan yang penuh Barakah

Ramadhan al-Mubarak

Saban tahun ketibaan Ramadhan disambut dgn penuh kesyukran.Kesyukuran yang lahir dari sanubari insan yang benar ikhlas menghayati akan kemulian bulan ini.Ramadhan bulan sahaja perlu disambut dengan mengadakan program yang besar dan meriah akan tetapi kemulian bulan ini perlu dihayati oleh setiap insan yang beriman kepada Allah

Keberkatan bulan Ramdhan berbanding bulan lain bukan sahaja bulan ini difardukan dengan ibadah puasa. Bahkan bulan ini juga bulan menyeru untuk kita menghayati sejarah penurunan Al-Quraan Karim yang menjadi panduan umat manusia di alam ini.Banyak ayat Al-Quraan yang menceritakan peristiwa penurunan Al-Quraan antaranya.



Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. 

Dalam surah al-Baqarah ayat yang ke 183 menjelaskan kepada kita akan kemuliaan bulan Ramadhan secara khusus berbanding bulan lain disamping menjelaskan peranan al-Quraan dalam kehidupan manusia.

Kelebihan Ramadhan

Kelebihan bulan Ramadhan yang bertandang setahun sekali harus direbut oleh orang yang bertakwa.Kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan banyak disebut dalam hadis nabi s.a.w antara nya.


Diampun dosa.


Dari Abu Hurairah r.a dari nabi s.a.w berkata: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran diampunkan baginya dosa-dosa yang terdahulu(Muttafaqu Alaihi)

Allah yang menganjari balasan pahala

Dari Abu Hurairah r.a nabi s.a.w berkata:Allah berkata:setiap amalan anak Adam pahala baginya kecuali puasa.sesungguhnya ibadat puasa Aku yang membalasnya  Puasa itu bagaikan perisai; maka apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan: “Aku ini puasa”.(Muttafaqu Alaihi)

Dimasuki syurga melalui pintu khas yang dinamakan "Bab Ar-Rayyan"

Dari Sahal bin Said r.a dari nabi s.a.w telah berkata:Sesungguhnya disyurga nanti terdapat satu pintu yang dinama pintu "Ar-Rayyan",pintu tersebut akan dimasuk pada hari kiamat oleh orang-orang yang berpuasa,tidak akan dimasuki orang lain daripada nya.Dia berkata:Dimanakah orang yang berpuasa?Tidak dimasuk walaupun satu (golongan selain yang berpuasa).Apabila mereka hendak memasuki ditutup pintu tersebut pada mereka,dan dimasuki oleh mereka walaupun satu.(Muttafaqu Alaihi)

Itulah sedikit sebanyak hadith-hadith yang menerangkan kelebihan orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan.Amat beruntung bagi orang yang berpeluang mengejar ganjaran pahala yang disediakan oleh Allah kepada pada bulan tersebut.

Kesimpulannya,bulan Ramadhan adalah satu medium untuk orang mukmin untuk menambahkan amalan solih berbanding bulan lain kerana pada bulan ini Allah menjanjikan kepada orang mukmin untuk melipat ganda amalan sehingga 70 kali ganda.Satu kerugian yang besar atas orang yang mensia-siakan akan ganjaran pahala dalam bulan ini.









No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.