Friday 13 July 2012

Amal Islami:Antara kewajipan@mengisi masa kosong



"Kenapa saya terpilih menyertai kem kepimpinan nie?"tanya peserta
"Kamu memang berbakat dalam bab kepimpinan"ujar ajk program
"Apa program Badan Dakwah buat kepada ahlinya?

Itulah dialog yang biasa ana dengar bila berdepan dengan golongan yang baru berkecimpung dalam medan dakwah.Mereka sentiasa tertanya-tanya dalam diri mengapa aku ditaklifkan sebagai petugas amal Islami kenape bukan dia dan mereka?



Individu yang baru berkecimpung dalam medan dakwah harus diberikan kefahaman yang detail mengenai kewajipan mereka sebagai muslim.Yang mana dengan kefahaman ini mereka dapat mengetahui,menganalisis dan seterusnya membuat keputusan yang betul apa tujuan sebenar penyertaan mereka dalam medan dakwah.

Medan dakwah bukan sahaja medan untuk kita mencari nama siapa hebat.Akan tetapi medan ini memerlukan petugas yang benar-benar ikhlas dan memahami konsep dakwah secara menyeluruh.Dengan bertunjang kefahaman yang sahih ana pasti golongan ini dapat survival memberi komitmen dalam dakwah.

Dakwah dan Jemaah

Memang tidak dinafikan lagi individu yang melibatkan diri dalam dakwah mesti menyertai satu jemaah.Melibatkan diri dalam dakwah secara berjemaah dapat memupuk sikap saling bantu-membantu dikalangan ahli dengan cara memberi pandangan idea kepada jemaah dan sebagainya.Sekaligus,sikap ini menbuahkan ikatan ukhwah sesama mereka dalam bekerja.Kewajipan supaya diadakan golongan ini disebut oleh Allah dalam firman-Nya.

"Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari kemungkaran.mereka lah orang yang beruntung." 

                                                                                                                      (Surah Ali Imran ayat 104)

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dengan barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"

                                                                                                                              (Surah As-Saff ayat 4)

Banyak lagi ayat-ayat Al-Quraan yang menyebut tentang keperluan golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran.Keperluan ini tidak hanya kepada golongan yang backgroud agama sahaja,malah kewajipan ini tertaklif kepada semua muslim samada lelaki atau perempuan,tua atau muda.

Yang menjadi fenomena pada hari ini bila golongan yang berkecimpung dalam dakwah khususnya warga muda mengambil sikap sambil lewa tugas ini.Dengan tidak ada kefahaman yang sahih dan tarbiyah dari murrabbi menyebabkan mereka terlalu extremis dalam memikul tugas sehingga tidak hadir ke kuliah,fail dalam exam dan sebagainya.Golongan daei seperti ini harus diberi perhatian agar tidak menjadi fitnah kepada gerak kerja dakwah atas sikap buruk yang ditunjukkan oleh daie.

Tugas dakwah harus dipegang oleh setiap yang beriman.Lapangan dakwah ini bukan sahaja dilakukan ketika kita ada kelapangan atau saja melibatkan diri kerana ikut kawan.Tapi tugas ini mesti dilakukan dengan penuh bijaksana dan istiqamah.

Kesimpulan,sebagai hamba yang berimana kepada Allah seharusnya kita perlu memenuhi hak-hak-Nya disamping memenuhi hak-hak saudara seagama dengan kita.Tidak lain tidak bukan untuk memenuhi hak tersebut ialah dengan kita melakukan amar makruf dan nahi mungkar supaya masyarakat kita sentiasa di dalam lindungan Ilahi.

Sekian,


Nik Mohamed Heidzir
Universiti Yarmouk,Jordan














No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.