Wednesday 9 May 2012

Softskill yang perlu dibangun..



Ramai mahasiswa pada hari menganggap pembelajaran dalam dewan kuliah adalah satu-satu sumber untuk mendapatkan ilmu.Mereka memikirkan bahawa dengan pembelajaran dalam kelas tersebut mereka dapat ilmu dan boleh berbakti kepada masyarakat.Bolehkah mahasiswa hari ini hidup membaca buku sukatan pembelajaran sahaja,time ada kuliah pergi kelas, tanpa melibatkan diri dalam persatuan dan ko kurikulum?




Sebagai manusia kita harus akui bahawa kita mempunyai kelemahan dan berhajat kepada Yang Lebih Berkuasa.Ilmu yang kita dapat dalam kuliah hanya satu pecahan kecil yang kita dapat diluar dewan kuliah.Bukan ana nak katakan ilmu yang kita dapat di dalam kelas itu tak baik,tapi harus kita seimbangkan penglibatan dalam dewan kuliah dan luar dewan kuliah.Dengan menumpukan 100% ilmu di kuliah tidak mampu negara kita dapat melahirkan modal insan kelas pertama.Jadi,seharusnya mahasiswa mengambil bahagian dalam gerak kerja persatuan sebagai satu langkah untuk mereka meningkatkan potensi mereka mengikut posisi masing-masing.

Ada orang dia ada bakat melukis,tapi dengan bakat tersebut dia tidak mampu tonjolkan dalam masyarakat dan tidak boleh memberi manfaat kepada orang lain dek tidak ada sikap mengajar dan sikap memberi kelebihan diri kepada orang lain.

Ada orang lain pula, dia ada bakat melukis,tapi dengan bakat tersebut dia cuba memberi yang terbaik kepada masyarakat dengan mengajar sahabat yang belum pandai,berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada untuk manfaat bersama.

Mahasiswa yang mempunyai sikap suka berkongsi yang kita mahu.Dengan ada sikap berkongsi ini mereka boleh memberi bakti dan manfaat kepada komuniti sekeliling.

Mahasiswa yang tidak aktif dalam persatuan adakala mereka lebih cenderung kepada pembelajaran di kuliah.Golongan ini kurang mengambil berat soal isu semasa dalam negara,masalah komuniti sekeliling dan lain-lain lagi.Pada pendapat saya,satu kerugian yang besar yang mereka akan tanggung bila mereka berdepan dengan masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi menguasai kemahiran seperti kemahiran  pengucapan awam,menulis bahan ilmiah dan kemahiran lain.Bila mereka hidup dalam masyarakat,mereka tidak dapat memberi sumbangan yang banyak dalam masyarakat,cukup sekadar apa yang mereka belajar dalam kelas.Oleh itu,seharusnya bagi mahasiswa melibat diri dalam persatuan secara aktif supaya mereka dapat meningkat potensi dan bakat yang ada dalam diri masing-masing.

Kesimpulan,
Ruang belajar di kampus bukan sekadar ruang yang diberi untuk kita dapat ilmu yang disusun oleh pihak universiti sahaja.Malah ruang ini memberi peluang kepada mahasiswa meningkatkan potensi diri,mengcungkil bakat yang ada untuk manfaat dalam masyarakat..




No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.