Thursday 1 December 2011

Gelombang pilihanraya dan peranan mahasiswa.



Sudah menjadi kelaziman setiap 4 tahun sekali rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.Mengundi adalah satu kebebasan rakyat untuk memilih calon Dewan Negeri dan Parlimen samada parti pengbangkang atau parti pemerintah.Pilihanraya ke-13 ini menjanjikan kelainan daripada pilihanraya sebelum nya hasil daripada dua isu utama iaitu:-




  1. pindaan Akta Universiti dan Kolej(AUKU) 1974 yang memansuhkan kebebasan mahasiswa berumur 21 tahun keatas bergiat aktif dalam mana-mana parti politik.
  2. kelulusan rang undang-undang perhimpunan aman yang pada saya melihat adalah satu ketidakadilan pemerintah bagi menyekat kebebasan bersuara dari rakyat.
Kedua-dua isu ini masih hangat diperkatakan di media massa.Persoalannya di manakah peranan mahasiswa dalam menghadapi pilihanraya ini?Apakah tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara.?

Kebebasan mahasiswa untuk terlibat dalam arena politik perlu dilihat dengan positif.Kerana disinilah tempat mahasiswa meluangkan segala kekurangan dan penambah baikan dalam dasar yang telah dilakukan oleh kerajaan.Saya yakin dan percaya jika kebebasan ini digunakan dengan betul tanpa kepentingan individu ia dapat mengubah dasar yang dilakukan oleh kerajaan.Hasilnya,kita bukan sahaja dapat melihat kemahiran yang dipelajari dalam dewan kuliah itu dipratikkan dalam masyarakat pada masa yang sama dapat melihat kebertanggungjawaban mahasiswa dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.


Selain itu,keterlibatan mahasiswa dalam politik dapat melahirkan generasi yang berfikiran matang dan tidak menerima berita secara membuta tuli.Pernahkah kita melihat berapa ramai masyarakat kita pada hari berpolitik kerana taksub kepada pemimpin dan parti?..Berpolitik tidak boleh dinafikan bahawa sesuatu yang membawa  kebaikan untuk negara,tetapi ramai masyarakat kita pada hari mengunakan peluang ini untuk fitnah-menfitnah,menjatuhkan maruah individu dan tempat mencari kemewahan dunia.Oleh itu,siapa kah yang akan mengubah perangai lama ini kalau tidak kita..?.

Kesimpulannya,

Kebebasan bersuara dikalangan mahasiswa perlu digunakan dengan bijaksana untuk kita mencorakan halatuju negara dan masyarakat pada masa hadapan.

Nik Mohamed Heidzir

Universiti Yarmouk

No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.