Thursday 29 December 2011

2011 kian melabuh tirai,2012 muncul sinar nya..

Alhamdulilah segala pujian bagi Allah dengan limpah kurniaNya dapat lagi ana berkongsi sedikit ilmu@pengalamn di ruang maya ini.Selawat junjungan keatas nabi Muhammad s.a.w dengan pengorbanan baginda dan para sahabat kita dapat merasai nikmat Islam dan Iman pada hari ini.




Hampir 4 bulan ana menetap di bumi Jordan ini,begini banyak sekali pengalaman dan ilmu yang ana dapat dalam tempoh masa yang panjang ini.Pejam celik penggal semester 1 2011 kian melabuh tirai bersama masa yang tidak dapat diundur lagi.Erm,kalau dikira apa yang telah kita semua isi dalam tempoh waktu yang panjang ini?apakah hasil yang kita dapat sepanjang tahun ini?

Cuba kita berfikir sejenak..apa pencapaian kita pada thun ini?berapa banyak banyak kegagalan kita pada tahun ini?.Sekiranya tahun ini kita banyak pencapain alhamdulilah kita semua dapat dikategori sebagai orang beruntung.Golongan ini yang kita mahukan, golongan yang betul-betul menggunakan masa sekarang untuk menuai kejayaan pada masa hadapan.Namun pada masa yang sama kita mohon dijauhkan supaya tidak tergolong dalam golongan  kedua iaitu golongan yang banyak menempuh kegagalan.Golongan ini adalah golongan yang rugi dan tidak mengambil peluang dengan sebaiknya.Nak kah kita tergolong dalam golongan ini?sudah tentu tidak..




Oleh itu sebagai mahasiswa seharusnya kita mengambil cakna dan keprihatinan terhadap masa.Untuk menimbulkan kesedaran ini kita perlu melihat jumlah masa yang digunakan kepada unit masa yang lebih kecil.Contoh kalau kita buang masa selama 5 minit maka kita anggaplah bahawa kita kerugian selama 300 saat.Erm..erm..300 saat kalau hafal 1 kalimah bahasa arab setiap 2saat dah 150 dah.takkan rugi kah kita..?
Hasil daripada kesedaran ini kita dapat meningkatkan lagi produktiviti kita dalam kehidupan seharian.

Pernah kah kita terfikir bagaimana generasi gemilang yang terdiri kalangan sahabat nabi s.a.w melakukan ibadah siang malam dengan tahajud,tasbih dan zikir kepada Allah.Tidak lain ini kerana kesedaran mereka terhadap masa yang dianugerah oleh Allah kepada mereka digunakan dengan sebaik mungkin.

Pada masa yang sama jangan kita lupa untuk plan apakah matlamat dan tindakan kita pada masa hadapan.Dengan adanya plan tersebut kita dapat melakukan kerja pada masa yang sesuai dan tepat pada masa nya.Dengan ini setiap gerak kerja kita lebih tersusun mengikut prioriti yang dirasa kan perlu untuk lakukan kerja tersebut.

Ana rasa setakat ini perkongsian pada kali ini semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat menjadikan saham untuk bekalan akhirat Insyallah.

Hargailah masa anda

If you fail to plan,you plan to fail

Nik Mohamed Heidzir

Universiti Yarmouk,Jordan

No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.