Wednesday 30 November 2011

Rehlah PINTAR di Been Forest Jordan

Alhamdulilah,setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi ana menulis blog pada kali ini.Selawat junjungan keatas nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat yang sama-sama berjuang untuk menyebar Islam di seluruh alam.




Usrah merupakan sesuatu yang tidaka asing lagi dalam masyarakat kita pada hari ini.Ia merupakan salah satu wasilah dakwah yang berkesan untuk daie(pendakwah)menyampaikan mesej dakwah kepada mad'u mereka.Bukan itu sahaja,medium ini juga digunakan untuk daie menyelami masalah setiap mad'u dalam segenap  aspek kehidupan.

Aktiviti usrah bukan sahaja diberi perhatian dalam hal berkaitan agama malah aktiviti usrah diperluaskan dalam skop yang lebih besar seperti riadah,melancong dan lain-lain lagi.Hasilnya,lihatlah pada hari ini aktiviti usrah ini bukan sahaja terkenal di dalam persatuan,kelab dan sebagai tetapi telah meluas di kampung,bandar dan sebagainya.

REHLAH DI BEEN FOREST


Gambar Hiasan

Pada minggu lepas,ana berpeluang mengukuti rehlah PINTAR bertempat di Been Forest.PINTAR atau lebih dikenali sebagai PERMAI Intectual Circle adalah jenama usrah yang diseliakan oleh Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid(PERMAI).Rehlah yang diadakan selama 1 hari ini dianjurkankan oleh mentor ana sendiri iaitu saudara Abdul Rahman B.Shaary dan saudara Mohamad Ammar.

Rehlah pada kali ini berbentuk santai dan rileks sikit.Yang mana pada permulaan rehlah di mulai dengan slot taaruf bersama ahli usrah.Dalam slot ini ahli usrah bukan sahaja dapat mengenali antara satu sama lai bahkan dapat menilai peserta itu sendiri sejauh mana dia kenal ahli seusrahnya dan apa pandangan rakan lain terhadap peserta.

Kemudian rehlah ini diteruskan dengan aktiviti bakar ayam,solat zohor dan berakhir dengan acara mengambil gambar ahli usrah.

Dari kiri:Syamim,Fauzan,Yusri,Wafi,Abdul Rahman(naqib 1),Heidzir,Iman,Riezal dan Asyraf


Hidangan yang disediakan

Kesimpulannya,aktiviti usrah adalah satu wadah untuk mahasiswa mengenali antara satu sama lain.Pengenalan ini bukan hanya sahaja dalam program malah diaplikasikan dalam masyarakat.Perumpamaan mudah yang ana sampaikan disini ialah kalau mahasiswa  ingin turun dalam masyarakat dengan menyampai mesej dakwah,mereka harus mengenal karenah masyarakat dalam kelompok yang kecil seperti usrah.

Sekian,terima kasih

Universiti Yarmouk. 


No comments:

Post a Comment

Jika anda ada sebarang cadangan,kritikan dan ulasan.Sila sertakan di ruang ini.